Friday, June 07, 2013

Dah 1 Tahun 1 Minggu, Berita Lebuh Raya Rakyat K'tan Sepi?

by Mohammad Agus Yusoff 

Apa perkembangan lebuh raya rakyat di Kelantan ?

Hari ini setahun seminggu majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai dirasmikan oleh bekas MB Kelantan, lTuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat. Dikatakan lebuh raya rakyat kerana sebahagian daripada dana pembiayaan pembinaannya adalah dari bantuan serta sumbangan rakyat.


Semasa diadakan majlis pecah tanah ini, diumumkan tujuan pembinaannya adalah untuk mengurangkan kesesakan jalan, terutamanya sewaktu musim cuti sekolah dan musim cuti perayaan apabila rakyat Kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur pulang ke kampung.

Tujuannya murni sekali kerana pembinaan lebuh raya ini telah lama ditunggu rakyat. Kerajaan pusat sejak tahun 1990 lagi berjanji untuk membinanya, tetapi disebabkan Kelantan terus diperintah oleh PAS, maka hasrat dan janji kerajaan pusat tersebut hanya tinggal janji sahaja. Begitulah praktik politik persekutuan di negara kita, dinafikan pembangunan dan peruntukan apabila tidak sehaluan.



Setelah setahun lebuh raya ini dibina, tidak banyak yang kita tahu tentang perkembangannya. Kita tidak tahu berapa derma yang telah dikutip dari rakyat? Laman sesawang Lebuh Raya Rakyat ini lesu tanpa makluman tentang kemajuan terkini.



Yang saya tahu tentang perkembangan lebuh raya ini ialah apabila ada aduan yang dihantar ke inbox saya menyatakan gaji suaminya sudah empat bulan tidak dibayar. Katanya: “bagaimana anak mahu ke sekolah, mahu makan dll? Mujurnya saya juga bekerja.” Jika betullah aduan ini, maka timbul persoalan di benak saya: Bagaimana dengan mereka yang bergantung harap hanya kepada kerja ini? Aduh, susahnya hidup?



Setelah Tuan Guru tidak lagi menjadi Menteri Besar, Datuk Husam Musa tidak lagi berada dalam barisan Exco negeri, dan aduan tentang gaji yang tidak dibayar, saya mulai pesimis dengan projek ini. Semoganya saya salah, sebaliknya yang betul ialah hasrat rakyat untuk menikmati perjalanan yang lancar dari Kuala Krai ke Kota Bharu kesampaian. (Diangkat dari Blog Kerengga)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Renung balik kenyataan Datuk Husam Musa, setelah Tuan Guru tidak lagi menjadi Menteri Besar, dan beliau tidak lagi berada dalam barisan Exco negeri, katanya..

"..saya selaku rakyat biasa Kelantan memohon tidak ada amalan kronisme diamalkan di semua peringkat selain amalan pemberian kawasan getah klon dan multi spesies dihentikan
....
"bukan itu sahaja pemberian kawasan perlombongan seeloknya dilakukan secara tender terbuka dan kedudukan amalan perladangan serta perlombongan YIK dan Yakion dikaji semula.
 
“Saya juga berharap Air Kelantan Sdn Bhd dikaji semula dan perjalanan Ladang Rakyat khususnya mengenai pertindihan dengan penerokaan rakyat dikaji semula.
 
“Jangan rombak atau hentikan susunan yang telah diatur bagi
pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dan pembinaan Bandar Baru Sukan Bukit Merbau, Selising,” katanya.


Beliau juga berharap tuntutan royalti tidak dikendurkan malah terus diperjuangkan demi hak rakyat negeri ini. -Berita Dari Sinar Harian.

Rujuk..

3 comments:

andah said...

Wahai Ibnu Hasyim. Saaudara ingat nak buat jalan raya melebihi 70 km hanya dengan kutipan 2,3 juta sahaja ke? Pergi buat kaji selidik berapa kos yang di perlukant, kemudian baru buat komen. Berap sen saudara dah infaq? Komen saudara seolah-olah pemimpin PAS dah tak buat kerja.

along said...

harap jawapan mb kelantan sama dgn andah..kwkwkw

zaman said...

Kalau jawapan MB macam tu, berat sangat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails