by Mohammad Agus Yusoff
Apa perkembangan lebuh raya rakyat di Kelantan ?
Hari ini
setahun seminggu majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya rakyat yang
menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai dirasmikan oleh bekas MB
Kelantan, lTuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat. Dikatakan lebuh raya rakyat
kerana sebahagian daripada dana pembiayaan pembinaannya adalah dari
bantuan serta sumbangan rakyat.
Semasa
diadakan majlis pecah tanah ini, diumumkan tujuan pembinaannya adalah
untuk mengurangkan kesesakan jalan, terutamanya sewaktu musim cuti
sekolah dan musim cuti perayaan apabila rakyat Kelantan yang bekerja di
Kuala Lumpur pulang ke kampung.
Tujuannya
murni sekali kerana pembinaan lebuh raya ini telah lama ditunggu
rakyat. Kerajaan pusat sejak tahun 1990 lagi berjanji untuk membinanya,
tetapi disebabkan Kelantan terus diperintah oleh PAS, maka hasrat dan
janji kerajaan pusat tersebut hanya tinggal janji sahaja. Begitulah
praktik politik persekutuan di negara kita, dinafikan pembangunan dan
peruntukan apabila tidak sehaluan.
Setelah
setahun lebuh raya ini dibina, tidak banyak yang kita tahu tentang
perkembangannya. Kita tidak tahu berapa derma yang telah dikutip dari
rakyat? Laman sesawang Lebuh Raya Rakyat ini lesu tanpa makluman tentang
kemajuan terkini.
Yang
saya tahu tentang perkembangan lebuh raya ini ialah apabila ada aduan
yang dihantar ke inbox saya menyatakan gaji suaminya sudah empat bulan
tidak dibayar. Katanya: “bagaimana anak mahu ke sekolah, mahu makan dll?
Mujurnya saya juga bekerja.” Jika betullah aduan ini, maka timbul
persoalan di benak saya: Bagaimana dengan mereka yang bergantung harap
hanya kepada kerja ini? Aduh, susahnya hidup?
Setelah
Tuan Guru tidak lagi menjadi Menteri Besar, Datuk Husam Musa tidak lagi
berada dalam barisan Exco negeri, dan aduan tentang gaji yang tidak
dibayar, saya mulai pesimis dengan projek ini. Semoganya saya salah,
sebaliknya yang betul ialah hasrat rakyat untuk menikmati perjalanan
yang lancar dari Kuala Krai ke Kota Bharu kesampaian. (Diangkat dari Blog Kerengga)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Renung balik kenyataan Datuk Husam Musa, setelah
Tuan Guru tidak lagi menjadi Menteri Besar, dan beliau tidak lagi
berada dalam barisan Exco negeri, katanya..
"..saya selaku rakyat biasa Kelantan memohon tidak ada amalan kronisme diamalkan di semua peringkat selain amalan pemberian kawasan getah klon dan multi spesies dihentikan....
"bukan itu sahaja pemberian kawasan perlombongan
seeloknya dilakukan secara tender terbuka dan kedudukan amalan
perladangan serta perlombongan YIK dan Yakion dikaji semula.
“Saya juga berharap Air Kelantan Sdn Bhd dikaji semula dan perjalanan Ladang Rakyat khususnya mengenai pertindihan dengan penerokaan rakyat dikaji semula.
“Jangan rombak atau hentikan susunan yang telah diatur bagi pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dan pembinaan Bandar Baru Sukan Bukit Merbau, Selising,” katanya.
Beliau juga berharap tuntutan royalti tidak dikendurkan malah terus diperjuangkan demi hak rakyat negeri ini. -Berita Dari Sinar Harian.
Rujuk..
3 comments:
Wahai Ibnu Hasyim. Saaudara ingat nak buat jalan raya melebihi 70 km hanya dengan kutipan 2,3 juta sahaja ke? Pergi buat kaji selidik berapa kos yang di perlukant, kemudian baru buat komen. Berap sen saudara dah infaq? Komen saudara seolah-olah pemimpin PAS dah tak buat kerja.
harap jawapan mb kelantan sama dgn andah..kwkwkw
Kalau jawapan MB macam tu, berat sangat..
Post a Comment