Saturday, June 29, 2013

Dia Terbang Di Udara, Mengapa?


SEBUAH pesawat kawalan jauh karakter Superman sedang terbang di ruang udara San Diego.- reuters


JOM KREATIF 

Pesawat kawalan jauh karakter adiwira
SAN DIEGO - Seorang lelaki telah mencipta beberapa pesawat kawalan radio jarak jauh yang menggunakan watak adiwira di San Diegio, California kelmarin.

Lelaki itu, Otto Dieffenbach yang merupakan seorang pereka bersama seorang rakan perniagaannya Ed Hanley telah menubuhkan sebuah syarikat bagi menghasilkan pesawat kawalan radio jarak jauh berbentuk manusia. Syarikat tersebut menghasilkan pesawat berbentuk manusia, karakter dan objek untuk digunakan bagi tujuan komersial serta promosi. 

Dieffenbach melakukan satu ujian penerbangan di satu kawasan di San Diego kelmarin. Antara karakter adiwira yang ada ialah Superman, Iron Man dan Ms. Emerson. Pesawat kawalan radio yang dicipta Dieffenbach hanya menggunakan bateri yang diletakkan pada bahagian kepala karakter tersebut. Semua karakter adiwira itu mempunyai saiz yang hampir sama dengan seorang manusia dewasa. - REUTERS

Lihat sebelum inl..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails