Sunday, June 30, 2013

Eksentrik G-Dragon Yang Menyesatkan Remaja.


LEBIH 25,000 peminat GD membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil minggu lalu untuk menyaksikan konsert sulung dalam rangka jelajah G-Dragon World Tour 2013: One Of A Kind. 

 HALAMAN HIBURAN

"TERIMA kasih Malaysia kerana telah menerima saya. Saya berjanji saya akan kembali bersama Bing Bang dalam konsert akan datang." Kata dia, yang terpilih, sama seperti judul albumnya, 'One of A Kind'.

Media di Malaysia terus memujinya...

"Sebenarnya, secara luaran, tidak ada yang luar biasa mengenai lelaki bernama Kwon Ji-yong ini. Dia nampak seperti kebanyakan pemuda Korea Selatan yang lain, tinggi, kurus, bermata sepet, berkulit licin dan bijak berfesyen - tidak ada kelebihan luar biasa.

"Jika adapun, cita rasa dalam berfesyennya yang terkadang eksentrik itu akan menjadi perhatian. Namun, tunggu dulu. Transformasi biasa kepada luar biasa Kwon Ji-yong terjadi apabila pengenalan dirinya bertukar menjadi G-Dragon atau GD. Sebut sahaja nama GD, seluruh peminat muzik Korea Selatan tahu siapa yang dimaksudkan.

"Kwon Ji-yong merupakan seorang pemalu, namun sebahagian hidupnya banyak dihabiskan sebagai GD di atas pentas dan menghiburkan orang melalui apa yang dia gemari. Lantas, dia telah menjadi lebih matang dan mengikis sifat tersebut serta membuang perasaan tidak percaya diri dengan menghiburkan orang. Jadi secara tidak langsung, saya sukakan kedua-dua pengenalan diri saya itu," ujarnya dalam satu temu bual tentang dua identiti dirinya.

"Menerusi nama GD, dia yang baru berusia 25 tahun diberi gelaran sebagai 'lelaki paling berkuasa dan berpengaruh dalam muzik' di negara kelahirannya. Ini semua kerana magis yang dicipta lewat karya-karya seninya.

"Merupakan ketua grup Big Bang, GD mula terjebak dalam dunia seni sejak berusia lapan tahun. Dia kemudian terus menjadikan lapangan seni sebagai padang permainannya yang tiada sempadan.
Dia berkarya tanpa rasa segan.

"Saya suka berkarya dan rasa seronok berbuat demikian. Setiap karya yang saya hasilkan membuat saya semakin matang," ujarnya yang pertama kali berkarya selepas datang ke rumah seorang teman dan terpengaruh dengan muzik hip hop penyanyi Barat.

"Sejak jatuh cinta dengan muzik hip hop dan sempat menyanyi secara rap bersama seorang rakan lain, GD kemudian bijak memanipulasi kebolehan dirinya dengan menubuhkan Big Bang yang kini menjadi antara grup K-Pop paling berpengaruh di dunia."

Demikian antara kempen-kempen media yang taksub, ekstrim ke arah mengimport budaya gila luar negara, bagi menenggelami budaya Malaysia yang beradap dan bertamaddun sesuai dengan Islam sebagai agama negara. Semua itu dipertontonkan selama dua jam dalam konsertnya yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu..  

GD seorang yang cukup berdisiplin dan mementingkan kesempurnaan dalam setiap kerja yang dilakukannya. 
Berkata pengemis-pengemis budaya yang hina itu lagi...

"Tidak hairan apabila ada pihak yang melabelkan dirinya sebagai gabungan antara Lady Gaga (mengenai fesyen yang eksentrik) dengan Michael Jackson (cukup lincah dan menggoda di atas pentas). Dia telah memanipulasi semua yang terbaik di dalam dirinya untuk menjadi seorang penghibur yang hebat dan didigilai banyak orang. Skil tariannya bukan calang-calang. Mutu vokalnya juga boleh dibanggakan.

"Malah, skil yang paling hebat dimiliki lelaki ini ialah cara dia 'menggoda' peminat melalui senyuman dan jelingan mata serta cara dia berjalan yang juga bukan calang-calang. Semuanya seperti sudah dirancang dengan cara yang cukup halus dalam usaha untuk membuat peminatnya terus terkesima dengan pakej menyeluruh daripadanya."

Kesian mereka yang menjadi hamba idola tukang-tukang azan ke masjid syaitan itu. Mereka tidak sedar, mereka juga bertanggung jawab mengheret remaja negara ini ke arah kesesatan nyata, samada ke arah neraka dunia atau neraka di akhirat yang kekal abadi. (IH)

1 comment: