Thursday, June 06, 2013

Hei, Ngapa Lari? Mini Kasino Haram.. Oh, Sikit Hari Tak Haram Lagi!

Foto
Sungai Petani: Tanda tanya mengenai sebuah rumah mirip tempat ibadat yang menjadi tumpuan segelintir individu sejak beberapa bulan lalu terjawab apabila lokasi terbabit sebenarnya dijadikan ‘kasino mini’ dan menjadi kegilaan kaki judi untuk mencuba nasib.

Bagaimanapun, rahsia lokasi itu yang terletak di Jalan Kuala Ketil, di sini, akhirnya terbongkar selepas sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kotinjen (IPK) Kedah menyerbu lokasi terbabit pada jam 4 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, polis menahan 52 individu berusia antara 20 hingga 40-an dan merampas wang tunai lebih RM10,000 yang dipercayai hasil pertaruhan kaki judi di pusat terbabit.

Difahamkan, lokasi itu mendapat sambutan hangat berikutan kedudukan strategik kerana tersorok daripada laluan utama selain terlindung di sebalik sebuah bangunan lain di hadapannya, manakala laluan ke pusat terbabit jarang digunakan orang ramai.

Foto 
RUMAH perjudian mirip tempat ibadah yang diserbu polis, semalam.

Pegawai Turus D7 IPK Kedah Asisten Superintendan Shaari Yaakob berkata, ketika serbuan dilakukan, semua kaki judi terbabit sedang asyik melakukan taruhan di meja masing-masing sebelum dikejutkan dengan kehadiran polis yang menyerbu lokasi itu. (myMetro)

Komen Webog Ibnu Hasyim:  Mengapa dikatakan penagih-penagih  judi tidak perlu lari lagi? Kerana kerajaan Kedah sudah bertukar tangan, dari Kerajaan PAS yang larang judi kapada kerajaan UMNO/BN yang ciptakan 'judi halal' berlesen.

Mungkin tiada lagi 'mini kasino haram, berganti dengan 'makro maya kasino halal' macam di Genting Highland negeri 'pemimpin haram jadah'. Pegawai agama jadi tukang jaga orang main judi saja..Ha ha ha..

Lihat video ini, baru judi kecik-kecik.. GILA JUDI - M. DAUD KILAU

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails