KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini memutuskan perhimpunan aman Black 505 pada 22 Jun ini diteruskan seperti yang dirancang. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan mesyuarat mingguan Pakatan Rakyat juga turut mengajak seluruh kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat, aktivis, penyokong dan rakyat jelata yang cintakan demokrasi agar bersama-sama pada perhimpunan tersebut.
Katanya lagi, walaupun terdapat bantahan dari pihak tertentu, perhimpunan tersebut akan berlangsung sepertimana yang dirancang sebelum ini iaitu di Padang Merbok pada jam 2 petang.
"Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) merupakan pilihanraya paling buruk dalam sejarah negara, ia mencatatkan jumlah aduan paling tinggi dari rakyat dan parti dengan jumlah petisyen yang paling banyak dicatat.
"Atas desakan penyelewengan dan kelemahan yang berlaku, Pakatan Rakyat mengajak seluruh penyokong dan rakyat hadir menyertai himpunan pada 22 Jun nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS.
Sementara itu, Sebuah NGO yang terlibat dengan penganjuran perhimpunan Black 505 Sabtu ini menyeru bantahan terhadap keputusan pilihan raya lalu dipanjangkan dengan terus berkhemah di Padang Merbok, sekurang-kurangnya untuk dua hari.
Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, untuk tujuan itu mereka menyediakan 150 khemah, selain menyeru orang ramai membawa khemah dan beg tidur sendiri.
Dewan
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) pula menganggap cadangan Pengarah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri
Salleh Mat Rasid yang mahu menggunakan bantuan tentera jika keadaan
memerlukan dalam menangani pelbagai perkara terutamanya Himpunan Black
505 pada Sabtu ini sebagai tidak rasional dan relevan.
Bagi DPPWP, cadangan Salleh keterlaluan kerana menganggap perhimpunan tersebut sebagai suatu ancaman kepada negara dan dengan menggunakan tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan dalam keadaan bahaya. Ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan. (IH)
Bagi DPPWP, cadangan Salleh keterlaluan kerana menganggap perhimpunan tersebut sebagai suatu ancaman kepada negara dan dengan menggunakan tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan dalam keadaan bahaya. Ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan. (IH)
No comments:
Post a Comment