Wednesday, June 26, 2013

IPTS Tumbuh Tidak Memenuhi Pasaran Kerja -Dr Mujahid


 

KL: Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menyambut baik titah ucapan Yang di-Pertuan Agong berhubung keperluan pendidikan dalam negara supaya Malaysia lebih ke depan dari sudut inovasi.

Dalam masa yang sama jelas Mujahid, universiti-universiti yang ada dapat memenuhi keperluan-keperluan teknologi dan penyelidikan yang terkini.

Katanya, aspek ini penting di samping menyedari keperluan 'matchmaking' sama ada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau IPTS (swasta) tidak hanya tertumpu kepada sektor yang sama.

"Kerana kita mendapati longgokan graduan yang tidak ada kerja lantaran tidak ada sesuatu yang dicari oleh pasaran," katanya ketika ditemui selepas perasmian Parlimen hari ini.

Beliau yang akan turut membahaskan ucapan titah Yang di-Pertuan Agong berpendapat sistem pendidikan yang ada khususnya pengajian tinggi bukan sahaja mempunyai pendidikan yang bagus tetapi boleh menguasai bidang-bidang strategik yang ada perkongsian dengan syarikat besar supaya apa yang diselidikkan dapat dikomersialkan.

"Itu antara garis pengukur universiti yang ada, IPTS tumbuh seperti cendawan tetapi tidak memenuhi kehendak pasaran kerja dan inilah yang menjadi persoalan yang dibangkitkan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar kerajaan melipatgandakan usaha bagi memartabatkan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi di IPTA ke tahap antarabangsa termasuk memperbanyakkan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang strategik.

Baginda turut bertitah Agenda Pembangunan Holistik Pelajar pula akan diteruskan dengan fokus kepada Program Keusahawanan dan Program Kesukarelawanan Siswa. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails