Thursday, June 27, 2013

Jom Santai, Warung Pak Mat Pulau Pisang PCB K'tan


Pak Mat dengan sup kepala ikannya yang sedap

PENGKALAN CHEPA: Warong Pak Mat Pulau Pisang bakal menjadi tarikan pelanggan termasuk pelancong luar memandangkan ianya mempunyai tarikan tersendiri khususnya sup kepala ikan dan teh tarik madu.

Warong ini terletak di perkarangan Medan Ikan Bakar Kedai Buluh milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Hari ini sempena majlis pelancarannya, pasukan The Red Warriors yang bakal menentang Johor Darul Takzim 29 Jun ini diraikan di sini.

Ianya juga bersempena mesyuarat pertama penubuhan persatuan Chef Kelantan yang dihadiri 22 orang mewakili hotel dan resort di negeri ini. Pengurus Besar Perdana Resort, Saedon Ismail (gambar) berkata pihaknya diberi tanggungjawab oleh PKINK untuk mempromosikan MIB.

“Kerana itu kita cuba sedaya mungkin untuk memajukan kawasan ini.
“Alhamdulillah kita bersyukur kerana kawasan ini begitu berjaya menarik perhatian pengunjung sama ada untuk menikmati juadah di dalam restoran MIB atau warong Pak Mat,”ujarnya.

Sementara itu Warung Pak Mat ini bukan sahaja menjadi tarikan masyarakat setempat tetapi pimpinan kerajaan negeri dan golongan korporat. Paling istimewa tetamunya Kerabat D’raja Kelantan dan bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta anggota keluarga.

Medan Ikan Bakar mula diperkenalkan pada tahun 2011 oleh PKINK sebagai medan untuk usahawan mempergiatkan perniagaan restoran di situ. Ianya terletak di Kampung Buloh, berhampiran Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Terdapat dua restoran utama di MIB, iaitu Restoran Juara Ikan Bakar dan Restoran Food Village yang menyediakan steam bot. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails