
Guan Eng puji keberanian adik Najib
Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempertahankan Ketua Pegawai
Eksekutif CIMB Nazir Abdul Razak berhubung kenyataannya berkaitan Ketua
Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani.
"Kami harap abangnya boleh seberani Nazir," kata Lim yang mengaku membaca laporan Utusan Malaysia semalam yang mengkritik Nazir sebagai "anti-Melayu".
"Kami harap lebih ramai rakyat Malaysia seperti Nazir. Tetapi malangnya, jumlahnya tidak banyak," kata Lim.
Nazir merupakan adik bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Azran sebelum ini dikritik Utusan dan NGO Melayu ekoran tweet beliau yang menggelar harian itu sebagai "rasis" apabila memuatkan artikel berjudul "Apa Lagi Cina Mahu". (MK)
No comments:
Post a Comment