KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar proses penahanan Naid Presiden PAS, Datuk Husam Musa semalam di bawah Akta Hasutan yang dilihat dilakukan secara mala fide (niat jahat) oleh PDRM.
Ekoran penahahan tersebut, sekitar jam 3.45 petang, pihak Juham telah bergegas dan mengambil tindakan segera menghantar pasukan peguam ke IPD Ampang bagi mewakili/membantu Husam dalam proses siasatan oleh PDRM.
Malangnya, kata Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi pihak peguam tidak sama sekali dibenarkan berjumpa Husam dan ini seterusnya menafikan hak beliau untuk berjumpa peguamnya.
Lebih teruk, katanya pada jam 6.00 petang, pihak peguam dimaklumkan bahawa Husam telah dibawa ke IPD Kota Baharu bagi tujuan siasatan lanjut tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada peguam yang menantinya di luar IPD Ampang.
“Mengapakah Husam tidak ditahan di Kota Baharu, jika PDRM mendakwa bahawa laporan polis terhadap beliau di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan telah dibuat di Kota Bharu?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Katanya, Juham melihat penahanan itu mempunyai kaitan dengan penglibatan Husam dalam perhimpunan 505 yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.
“Juham menegaskan bahawa tindakan PDRM dalam perkara ini adalah berniat jahat (mala fide) dimana telah menafikan hak Husam berjumpa peguamnya.
“Tindakan ini diselar oleh pihak Juham dan ini menjustifikasikan pelanggaran pihak PDRM kepada peruntukkan undang-undang di bawah Kanun Prosedur Jenayah,” tegasnya.
Beliau menambah, tiindakan PDRM dilihat sebagai tindakan yang ‘bacul’ dan bersifat menyusahkan Husam dan pihak peguam. Katanya, jika dilihat kepada tangkapan PDRM terhadap Datuk Tamrin dan Tian Chua sebelum ini di bawah Akta Hasutan, pihak Juham dibenarkan berjumpa anak guam sejurus tangkapan dilakukan.
“Mengapa dalam kes Husam ini, tindakan sebaliknya dilakukan PDRM dan ini memperlihatkan PDRM sebagai tidak professioanl dan membelakangi undang-undang sedia ada,” ujarnya lagi.
Justeru, tegasnya pihak Juham menuntut pihak Ketua Polis Negara memberikan penjelasan yang konkrit berhubung tindakan anak buahnya yang dilihat sangat menjelekkan dan mencemarkan nama baik PDRM yang sedia diragui dan dipertikaikan.
“Pihak Juham tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan Semakan Kehakiman (Judicial Review) berhubung perkara ini,” tegasnya lagi. (Hrkh)
Lihat sebelum ini, ada kaitan..
- Datuk Husam Di Mahkamah Majistret Kota Bharu Pagi ...
- Kes Husam: PDRM Bacul! KPN Perl Beri Penjelasan.. ...
- Lihat Sendiri Ucapan Datuk Husam Penyebab Diseret ...
- Harapan TG N/Aziz Pada Datuk Husam..
- Bebaskan Segera Datuk Husam, Walau Jadi Imam Solat...
- Kini Dato Husam Ke IPD K/Bharu.. Dg 4 Kereta, 10+ ...
- Husam Musa Ditahan Di Balai Polis Ampang Sebentar ...
- Peserta 'Black 505' Esok Akan Syahid Jika.... Fatw...
Salam..Kalau POLIS bertindak LEBIH UMNO daripada UMNO sendiri...SAMAN ajer...POLIS...Malaysia NEGARA DEMOKERASI...bukan NEGARA POLIS..ajar POLIS dengan tindakan UNDANG UNDANG...apa erti negara DEMOKERASI..
ReplyDelete