Beliau juga menegaskan beliau tidak kisah sekiranya tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti pada pemilihan Pas, dijadualkan hujung tahun ini. Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor berkata, beliau tidak berhasrat menggunakan isu insiden hitam di Kota Damansara pada PRU13 lalu sebagai kempen pemilihan itu.
“Kalau berhasrat untuk kempen pemilihan, maka adalah jauh lagi mudah untuk saya puji dan sokong sahaja apa yang di lakukan pimpinan. Tetapi saya tidak ambil peduli soal pemilihan parti dalam muktamar akan datang.
“Kerja saya sebagai pimpinan ialah membetulkan parti sekiranya tersilap dan memimpin ke arah yang menguntungkan parti. Bukan sibuk jaga jawatan dan kedudukan. Kalau tidak dipilih kali ini pun tidak mengapa. Saya tidak kebulur jawatan pun.
Tapi sekurang-kurangnya saya sudah cuba tunaikan tanggung jawab saya sebagai salah seorang pimpinan,” katanya dipetik menerusi blognya http://www.khalidsamad.com/ kelmarin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan pelbagai pihak yang dilemparkan terhadapnya susulan kenyataan beliau mengenai isu tersebut sebelum ini. Dalam pada itu, Khalid menegaskan, semua kenyataan beliau mengenai insiden di Kota Damansara itu adalah berdasarkan kepada hujah dan ia sepatutnya perlu dijawab dengan cara itu juga sekiranya ada pihak tidak bersetuju terhadap pendiriannya.
“Yang ingin dibincangkan adalah berkenaan strategi yang silap, yang mendatangkan natijah yang buruk serta imej Pas yang terpalit hasil tindakan bertanding di KD (Kota Damansara), bukan soal wala’ dan thiqah, pro PKR atau sebaliknya. Sebenarnya saya sangat pro Pas bersama PR (Pakatan Rakyat).
“Tulisan saya tidak langsung dituju kepada mana-mana individu. Saya lebih minat bincang apa yang silap dari siapa yang silap,” katanya. (IH)
Lihat sebelm ini...
sampai la ni hadi tak minta maaf pada org yg dia fitnah jual pil kuda. tiada juga pengakuan siapa yang keluarkan watikah calon pas di kd.
ReplyDeleteSaya membaca tujuan Khalid bukan untuk menjatuhkan ulama tapi mencabut 'khinzir' dari dalam daging.
ReplyDeletekhinzir yang sudah lama beranak pinak dalam daging pas. Cuma lapisan daging yang bersih dan cantik sebagaimana serban , kopiah dan jubah menutupi mereka selama ini membuatkan ramai orang tertipu termasuk empunya daging
Apa yang dilakukan oleh KS sebenarnya lebih bertanggungjawab daripada pimpinan pusat yang menyepi seribu bahasa isu KD dan Sg. Acheh.
ReplyDeleteSebagai TPJ, penjelasan KS berjaya menjelaskan siapa dalang sebenarnya yang meletakkan calon PAS yang tidak halal dalam pakatan yang dipersetujui. Bukan lagi menjadi tanggungjawab pimpinan PAS Selangor.
Pemimpin seperti YB Khalid Samad merupakan seorang pemimpin yang berwibawa berani mengkritik walaupun pahit untuk diterima. Sekarang ni terlalu ramai kaki bodek dalam PAS atau PKR yang mengiyakan apa saja pimpinan utama kata tanpa berani menegur kesilapan mereka. Kaki bodek dan kaki ampu nilah menjadi salah satu sebab berlaku sabotaj terhadap parti masa pru lepas dan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. PAS dan PKR kena muhasabah diri kalau nak berjaya pada masa depan dan singkirkan kaki ampu dari barisan kepimpinan.
ReplyDelete