Saturday, June 01, 2013

Kisah Misteri Treler Arak RM300,000 Disamun Di Ulu Bernam..

Treler bawa arak RM300,000 disamun

Superintendan Norel Azmi Yahya Afendi

HULU SELANGOR: Sebuah syarikat minuman keras nyaris kerugian RM300,000 apabila treler membawa 20 palet minuman terbabit dilarikan dua lelaki dalam kejadian di Hentian Rehat Ulu Bernam, arah utara, kelmarin.

Sebelum itu, pemandu treler yang membawa muatan minuman keras itu bertolak dari Shah Alam ke Alor Setar, Kedah, kira-kira jam 11.30 malam Selasa lalu, dan berhenti di kawasan hentian rehat itu pada jam 1.15 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendi berkata, menurut pemandu treler itu, dia terjaga kira-kira jam 4.30 pagi apabila tingkap sebelah pemandu dipecahkan oleh dua lelaki bersenjatakan parang dan memakai topi serta berjaket. Beliau berkata, dua suspek itu terus menutup muka pemandu berusia 41 tahun itu dengan kain dan mengarahkannya meniarap di belakang tempat duduk.

Menurutnya, seorang daripada suspek memandu treler terbabit hampir satu jam, sebelum meninggalkan pengadu di kawasan rumah kongsi di Bangi.
"Pengadu bernasib baik kerana terdapat pasangan warga Indonesia yang tinggal di situ membantu membuka ikatan tangannya. Pengadu membuat laporan di Balai Polis Bangi," katanya menerusi SMS, semalam.

Norel Azmi berkata, susulan itu, polis buat semakan ke atas CCTV di plaza tol dan berjaya mengesan treler terbabit melalui tol Behrang dan masuk ke jalan lama menghala ke Kuala Lumpur. Katanya, polis juga berjaya menjejaki treler itu di Taman Malam Indah, Kerling, di sini, menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) kenderaan itu.

Menurutnya, hasil maklumat awam, polis menemui treler terbabit di Taman Sentosa Ria, Klang, pada jam 6 petang hari yang sama. Katanya, beberapa petunjuk, termasuk enam kesan cap jari, dijumpai pada treler itu. (SH)

Komen Weblog Ibn Hasyim: Apa misterinya? Misterinya, adalah pihak-pihak yang terlibat kes-kes membentu kelahiran arak ini dilaknat oleh Rasululah SAW. Tidak takut dengan laknat Allah dan Rasul, jadilah macam iblis.

Terlibat bagaimana? Sebuah hadis..

 "Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulallah SAW telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak, 
  • orang yang memerah arak, 
  • orang yang diminta arak diperah untuknya, 
  • orang yang meminumnya, 
  • orang yang membawanya, 
  • orang yang meminta dibawa arak kepadanya, 
  • orang yang memberi minum arak kepada orang lain, 
  • orang yang menjual arak, 
  • orang yang mendapat hasil daripada arak ,
  • orang yang membeli arak, 
  • orang yang meminta dibelikan arak untuknya"
Sedikit huraian, 10 golongan yang dilaknat itu ialah..

Satu: Pemerah arak: Iaitu pekerja -pekerja yang melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur, bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak, samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya, upah atau gaji yang diterima itulah dilarang.

Kedua: Meminta diperahkan arak untuknya. Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yang menggaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran.

Ketiga: Peminum arak. Orang yang meminum arak walaupun setitik atau tidak mabuk, hanya cuba-cuba .perbuatan itu juga dilarajng.

Keempat: Pembawa arak. Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/ kedai makan / hotel /dsb. Ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori atau treler yang membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat lain. Juga pihak tertentu yang mengawal keselamatan, juga dilarang.

Kelima: 'Meminta dibawakan arak kepadanya' bermaksud seseorang yang membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi. Juga salah.

Keenam: 'Memberi minum arak kepada orang lain' bermaksud seseorang memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya. Contohnya, seseorang Muslim membelanja minum rakannya non Muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu juga dilarang.

Ketujuh: Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yang menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya.

Kelapan: Orang yang mendapat hasil dari arak. Hal ini agak luas. Pemegang saham, termasuk kerajaan, individu dan sesiapa yang terlibat.

Kesembilan
: Orang yang membeli arak bermaksud pembeli arak samada untuk diminum atau tidak. Dan..

Kesepuluh: Orang yang meminta dibelikan arak untuknya. Ertinya dia suruh orang lain membeli, pun salah juga.

Perkara-perkara seperti ini perlu diambil kira. Itulah misteri yang perlu diambil tahu dan dihindarkan, kalau kita benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat.

2 comments:

XUMNO said...

Hai, Baru sebulan BN memerintah Kedah, satu kontena arak dah nak dihantar ke Alor Setar??? Wah, Mukhriz tak sabar2 nak test market arak di Kedah.Adakah ini persediaan untuk membuka kilang Manguel di Kedah?? Setakat tanya ye.

Anonymous said...

Itu komen menarik!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails