AKSI Najwa Latif yang turun mendekati penonton pada Konsert Harta Intelek di Melaka malam tadi.
HALAMAN HIBURAN
MELAKA – Konsert Harta Intelek malam tadi berlangsung meriah apabila
lebih 5,000 penonton hadir menyaksikan acara hiburan itu di Dataran
Pahlawan, Banda Hilir di sini.
Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Abdul
Manan Ismail dan Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Azizan Mohamad Sidin turut
hadir memeriahkan lagi konsert yang dijayakan lima penyanyi dan dua
pelawak popular tanah air itu.
Mereka ialah Najwa Latif, Black Mentor, Mas Idayu, Datuk M. Daud Kilau, Fazli Zainal, Nabil dan Angah.
Meskipun acara bermula pada pukul 9 malam, orang ramai yang tidak
sabar menyaksikan konsert sudah membanjiri Dataran Pahlawan seawal pukul
8 malam.
Pemenang Bintang Retro yang berlangsung di Pusat Dagangan
Antarabangsa Melaka (MITC) di sini petang semalam, Siti Norshazreen
diberi penghargaan memulakan persembahan dengan membawa lagu Menghitung
Hari yang pernah dipopularkan Salamiah Hasan. Konsert percuma itu diadakan sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2013.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila nilai sendiri..
No comments:
Post a Comment