ANGGOTA penguat kuasa Imigresen memeriksa dokumen
sembilan wanita warga asing yang diperalatkan sebagai pekerja
pembersihan di Segamat, kira-kira 2 tahun lalu..
KL: Berselindung di sebalik perniagaan kafe, sebuah premis
pelacuran diserbu polis ketika sibuk menjalankan perniagaannya di Jalan
Kaskas 3, di sini, semalam. Dalam serbuan dijalankan pasukan D7 Bukit Aman jam 12 malam,
seramai 17 wanita warga China berusia 25 hingga 30-an ditahan bersama
seorang lelaki tempatan bekerja sebagai pembuat minuman di premis itu.
Ketua Operasi Inspektor Y Rajendran berkata, premis itu didapati
beroperasi sejak setengah bulan lalu dan waktu operasinya dari jam 7
petang sehingga awal pagi.
“Semua wanita yang ditahan dipercayai melakukan aktiviti pelacuran
dan ketika serbuan, mereka sibuk melayan pelanggan daripada warga
tempatan.
“Sepuluh daripada mereka memasuki negara ini dengan menggunakan
pas ‘isteri’ manakala selebihnya menggunakan pas pelajar dan pengunjung.
Namun, kita akan siasat dokumen digunakan mereka,” katanya.
Menurut Rajendran, premis itu didapati melanggar syarat lesen
perniagaan yang didaftarkan sebagai kafe, sebaliknya menjalankan
kegiatan hiburan dan menawarkan perkhidmatan GRO. Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebuah premis
pelacuran diserbu polis ketika sibuk menjalankan perniagaannya di Jalan
Kaskas 3, di sini, semalam. Tetapi penahanan tersebut bukan kerana .kes 'najis zina', tetapi kerana premis itu didapati melanggar syarat lesen
perniagaan yang didaftarkan sebagai kafe, sebaliknya menjalankan
kegiatan hiburan dan menawarkan perkhidmatan GRO.
Ertinya tiada undang-undang kesalahan 'najis zina' Bagaimana maalah zina nak selesai atau boleh dikurangkan?
1 comment:
HE!HE!HE!
PENGUNDI HANTU DAP/ PAS/ PKR!
TAK PAYAH BUKTI, NAMAPUN HANTU..
Post a Comment