Monday, June 17, 2013

Lagi Tangkapan Pelacur Kedai Makan, Tapi Zina Tetap Dibolehkan..

EMPAT daripada tujuh warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah restoran di Jalan Meldrum, Johor Bahru kelmarin.

Pelacur Siam pelaris kedai maka
JOHOR BAHRU - Seorang bapa ayam yang ligat menawarkan khidmat seks wanita warga asing di sebuah restoran makanan laut di Jalan Meldrum di sini diberkas bersama tujuh pelacur dalam serbuan malam kelmarin.

Dalam operasi yang diketuai Timbalan Pengarah Imigresen Johor, Khairul Anuar Abu Bakar pada pukul 11.30 malam itu, beberapa pegawai imigresen terlebih dahulu menyamar sebagai pelanggan sebelum berjaya menahan suspek yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan restoran.

Khairul Anuar berkata, modus operandi bapa ayam warga tempatan itu ialah menawarkan pelacur asing dengan bayaran RM150 termasuk sewa bilik di tingkat atas restoran tersebut.
"Bapa ayam itu yang tidak sedar dirinya diperangkap ditahan bersama tujuh pelacur yang ditawarkan kepada pegawai kami yang menyamar sebagai pelanggan," kata beliau ketika ditemui di sini semalam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang menahan itu adaah pegawai imigresen, bukan pegawai agama atau bahagian jenayah najis zina, kerana zina bukan suatu kesalahan di 'kerajaan Islam' Malaysia.

1 comment:

  1. sangat tidak lazim jika mereka tidak segera tobat dengan alasan mencari kebutuhan sehari-hari yaitu uang , kita kembali pada pribadi kita masing-masing apakah contoh seprti itu dimata agama/lingkungan sehari-hari baik atau buruk, pasti kita tahu jawabannya,,,,,

    ReplyDelete