Sunday, June 23, 2013

Lihat Sendiri Ucapan Datuk Husam Penyebab Diseret Ke Mahkamah?

KUALA LUMPUR: Adakah kerana ucapan pada perhimpunan aman Black 505 yang diadakan di Ketereh pada 12 Jun lalu menyebabkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ditahan semalam?

Berikut adalah rakaman dan trasnskrip ucapan beliau pada himpunan aman itu yang dipetik dari blog Gendang Perang.
 
Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarokatuh. Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillahiwakafa Wassolatiwassalam wa’alalmustafa. Innallahayakmurkum bil’adil walehsan.

Allah berfirman, Allah memerintahkan kamu melakukan keadilan dan juga ehsan. Sadakallahul’azim. Yang berbahagia saudara Pengerusi, yang dikasihi Dato’ Seri, yang dikasihi Dato’ Haji Mohammad Yaakob, saudara Mat Sabu & semua Pimpinan yang hadir Hadirin Hadirat sekelian.

Saya lebih dulu ucap terima kasih pada Pihak Polis yang berikan kita Permit untuk berhimpun pada malam ini. Maknanya Perhimpunan kita #Blackout505 adalah Perhimpunan Aman. Kita bukan berhimpun nak gulingkan Kerajaan. Tapi kalau Kerajaan tu lemah sangat dia terguling dengan sendiri... Alhamdulillah... Tak de masalah.

“Sebab apa kita berhimpun..? 


Pada pendapat saya ada 2 sebab utama... 

Pertama..
  
..adalah meraikan kekecewaan orang ramai terhadap Perjalanan Pilihanraya... Yang kecewa adalah Rakyat Jelata... Kenapa mereka kecewa..? Mereka 100% yakin Pakatan Rakyat harus ataupun telah memenangi Pilihanraya PRU yang ke-13 dan mentadbir Putrajaya...

Kenapa kita kalah..? Dari segi undi, undi kita lebih besar daripada undi Barisan Nasional... Kenapa kita tak boleh mentadbir Putrajaya..? Kerana penipuan Pilihanraya. Jadi yang kecewa adalah Rakyat Jelata... Mereka kecewa kerana Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR) tidak boleh membentuk Kerajaan bagi membawa Malaysia yang lebih baik.

Bila mereka kecewa... Apa salahnya kita meraikan kekecewaan mereka dengan berhimpun beramai-ramai dan memberikan ucapan dan berhimpun bersama..? Kalau ada mana-mana Pemimpin kita bawa “suara sumbang” nak berhimpun macam ini pun tak boleh... Saya yakin dan percaya orang ini bawak suara UMNO dalam PAS dalam PKR dalam DAP.

Malam ini saya nak bercakap berterus-terang... Berterus-terang dengan semua Pimpinan kita... Saya ucap Tahniah pada Kerajaan Kelantan... Kepada Rakyat Kelantan yang berhimpun pada malam ini... Walaupun kita antara Negeri yang terakhir berhimpun... Kita tidak ketinggalan dalam arus kebangkitan anak muda dan kekecewaan masyarakat berbagai kaum seluruh rakyat untuk sama-sama menyatakan pendirian kita, Penipuan Pilihanraya telah berlaku dalam PRU yang ke-13.

Bayangkan kalau Kelantan tak buat... Kita akan dianggap sebagai “angkuh”, membelakangkan saudara-saudara kita. Kalau dalam Perang saudara kita telah berlumuran darah hasil penipuan ini dan kita hanya berdiam diri kerana kita telah menang menguasai Kerajaan, kita Pengkhianat kepada perjuangan ini.

Alhamdulillah kita berhimpun, Dato’ MB hadir... Saya ucap Tahniah, Terima Kasih pada semua Pimpinan PAS Kelantan dan Rakyat Negeri Kelantan. Kitalah yang mencetuskan perubahan Politik Negara... Jangan kerana kita baru menang Kerusi Parlimen, baru mentadbir Negeri, kita telah lupa kepada asal-usul Perjuangan kita.”

Ada sorang baru menang, dia hayun gateh basikal siang malam. Parlimen akan bersidang... Kita nak tengok Ahli-Ahli Parlimen kita daripada PAS, dia kayuh basikal dalam Parlimen macam mana. Kalau luar Parlimen dia boleh kayuh bukan main hebat, dalam Parlimen kita nak kayuh macam mana. Anda semua akan disaksikan oleh rakyat yang telah memberikan undi kepada perjuangan ini, bukan pada undi individu.

Undi kita semua adalah untuk perjuangan, bukan untuk sesiapa atas nama individu dia. Kalau dia rasa kuat, dia boleh bertanding sendiri tetapi rakyat beri kemenangan kerana perjuangan, jangan menang sari (sehari), dah nak lupa kepada sokongan rakyat jelata diseluruh Negara.

Anak-anak muda daripada Kuala Lumpur, mereka pulang ke Kelantan, hampir 95% yang tak pernah pulang pun pulang kerana semangat nak menguasai Putrajaya, jangan nafikan semangat ini semata-mata kerana kita nak membawa suara UMNO dalam Perjuangan kita. 


Tujuan kedua kita berhimpun..

sebagai seorang Islam, menderaminkemungkaran thalighoiryubibiyyadik sampai akhirjam.

Kita boleh redha dengan kekalahan kita, tetapi kita tidak diizinkan redha dengan penipuan mana-mana pihak. Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan tiap-tiap kali Pilihanraya UMNO menang hanya kerana penipuan wajib bagi kita orang islam, tegak berdiri menentang penipuan tersebut.

Yusoff Qhardawi duduk di Dhoha, Qattar, Rakyat Mesir, pemuda Mesir sama dengan pemuda Malaysia berhimpun dimana-mana majoritinya ialah anak muda, halafanissyabaab wakhalafanissyuyukh, kita beriman dengan sabda nabi anak-anak muda bersama dengan Islam, orang-orang tua kerana sebab-sebab sendiri mereka sebahagiannya tidak bersama kita.

Yusoff Qhardawi duduk di Dhoha, perhimpunan di Tahrir Square, di Mesir di Qairo di Kaherah... Yusoff Qhardawi tanpa jemputan terbang daripada Dhoha untuk memberikan amanat, semangat perjuangan kepada anak-anak muda di Tahrir Square. Kalau ada Pemimpin kita tidak sanggup hadir dalam perhimpunan seperti ini, mereka harus belajar semangat dakwah yang telah ditunjukkan oleh Yusoff Al-Qhardawi.

Mereka hadir tanpa dijemput, Almarhum Fazhil Noor pada tahun 80-an nak menghimpunkan masyarakat China pergi sewa dewan di Ipoh guna CCC berhimpun dari jam 6 petang sampai 10 malam 4-15 orang, orang China datang. Hari ini saya hadir dalam perhimpunan di Kuantan, hadir di depan pentas anak muda China mengaminkan doa Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man tanpa mengira itu adalah doa apa, dia tak tau asal UMNO mati, UMNO mampus, dia aminkan.

Kalau Pemimpin kita tak hadir dalam bersama kebangkitan ini kita telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh Pemimpin-Pemimpin kita daripada terdahulu. Kalau dulu kita payah nak himpunkan orang China, sekarang orang China tunggu kita berpuluh ribu, Pemimpin kita pula tak ada, ini adalah pengkhianatan kepada dakwah kita.

Baik... Kita telah saksikan perhimpunan di seluruh Negara, tetapi kita belum sampai kepada puncak kita. Kerajaan tidak akan terguling dengan perhimpunan ini tetapi yang pasti adalah Najib & SPR panas. Hari ini Pengerusi SPR buat kenyataan petang tadi, dia tak akan letakkan jawatan walaupun semua rakyat tau penipuan paling besar sekali yang diketahui oleh semua rakyat adalah dakwat.

Semua rakyat tau ini adalah penipuan. Macam mana dia nak tutup penipuan? Dia kata kalau guna dakwat yang betul-betul tahan lama, kena sakit cancer. Dia ingat rakyat Malaysia bodoh macam dia. Dia kata dia tak nak letak jawatan, tetapi kalau kita berhimpun & berhimpun, kita akan mencapai matlamat kita. Kalau Pengerusi SPR tak nak letak jawatan, kita mintak Najib letak jawatan. Kalau 2-2 letak jawatan, Alhamdulillah itu lagi baik.

Tidak mustahil Najib letak jawatan. Pilihanraya yang ke-13 walaupun penuh dengan penipuan antara yang paling kecewa adalah Najib kerana dengan perbelanjaan yang begitu besar, dengan penipuan yang diatur begitu rapi, kebangkitan rakyat melalui peti undi adalah lebih besar daripada yang dijangkakan.

Kerana itu dia kecewa dan dalam politik moral, politik akhlak & maruah, Dato’ Najib sebagai minority tidak lagi layak untuk memimpin rakyat Malaysia. Oleh kerana itu kita nak berhimpun sekali lagi 22 haribulan untuk menuntut perubahan supaya PRU yang ke-14, yang ke-15, yang ke-16 tidak ada lagi pengulangan penipuan.

Kalau kita biarkan penipuan itu hari ini tidak ditentang mereka akan tipu kita berkali-kali lagi & kita akan tewas berkali-kali lagi. Wajib bagi kita menentang mereka. Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah 1 jihad. Penentangan kita adalah 1 gerakan Fisabilillah. Penentangan kita adalah untuk alamru bil makruf minnah adilmungkar.


Kalau sedara tak nak hadir, sedara duk diam... Jangan buat kenyataan, berbagai-bagai kenyataan yang pelik-pelik. Dari segi organisasi PAS, keputusan menyertai #Blackout505 diputuskan oleh mesyuarat majlis masyuarat PAS Pusat. Ia bukan keputusan Husam Musa, ia bukan keputusan Mat Sabu, ia adalah keputusan PAS Pusat untuk menyokong #Blackout505.

Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu... jangan ragu... Dan kalu polis bertindak kasar, walaupun niat kita adalah Perhimpunan Aman, menyampaikan mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban (andaikata), 1 daripada kita terkorban, Insya Allah ia adalah Syahid Fisabilillah Insya Allah.

Tetapi kita tidak berniat begitu, bukan niat kita, niat kita adalah penipuan pilihanraya mesti dihentikan dan sesiapa yang terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam system politik negara kita.

Sekian wassalamu’alaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Allahuakbar..!

(Diangkat dari blog Gendang Perang.)

Video ucapan Husam

Lihat sebelum ini, ada kaitan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails