Friday, June 14, 2013

Mengaku Setubuh Haram Tepi Pantai, Tapi Tiada Hukum Kerana Zina..

Berzina di pantai pun dibenci oleh negara bukan Islam.. 

Isteri Orang, duda ditangkap ketika seks tepi pantai.
KAMPUNG RAJA - Seorang ibu tunggal dan pasangannya dijatuhkan hukuman denda RM2,900 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan haram di tepi pantai dekat Pantai Bukit Keluang Oktober tahun lalu.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof yang berpuas hati terhadap pengakuan salah tertuduh turut memerintahkan mereka dipenjara sebulan jika gagal membayar denda dikenakan.

Mereka ditangkap ketika melakukan perbuatan tidak bermoral itu pada jam 1.25 pagi, 13 Oktober tahun lalu di tepi pantai. (pen buruk online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Islamkah hukum Mahkamah Syariah ini, apabila terang-terang mengaku berzina dihukum RM2,900 atau kalau tak mampu bayar dipenjara sebulan? Menghukum begitu, kitab mana jabatan agama Islam pakai sebagai rujukan?

7 comments:

Anonymous said...

inilah lah hukum taqzir...dlm sistem hudud pun akan jadi macam ni.jika mengaku zina tetapi gagal mendatangkan 4 saksi cukup syarat..tak kena rejam lah..tapi tetap di denda..bukan buang kes..

Anonymous said...

Jangan menzaliml diri sendiri

Anonymous said...

Anon atas sekali. T/kasih!

Anonymous said...

inilah hukum UMNO..cukup adil sekali..

Anonymous said...

kena buat kempen perkemas hukuman,setakat denda tak jadi, mesti ada hukuman rotan mandatory jika sabit kesalahan. Baru ramai yang gerun. Sapa nak kempen...... PEMUDA PAS WAJIB!

Anonymous said...

pemuda pas tak de masa la... sebok dengan kerajaan perpaduan...wakakakaka

Anonymous said...

Siapa siapa ada duit lebih kira kira RM 2900 buleh besetuboh tanpa menikah di kwsn pantai Bukit Kluang Besut.

Mahkamah dah bagi signal BOLEH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails