Saturday, June 29, 2013

Militan Indonesia Dipenjara 10 Tahun


BADRI Hartono (tengah) dikawal oleh sepasukan polis bersenjata ketika tiba di mahkamah daerah Jakarta Barat kelmarin.- Reuters

JAKARTA - Sebuah mahkamah Indonesia kelmarin menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun ke atas seorang militan kerana didapati bersalah memiliki bahan letupan yang mahu digunakan bagi tujuan keganasan.
Mahkamah daerah Jakarta Barat menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Badri Hartono kerana melanggar undang-undang antikeganasan.

Hartono didakwa merekrut dan menghantar militan ke Poso, tengah Sulawesi di mana konflik di antara penganut Islam dan Kristian mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang dari 1998 hingga 2002.
Dia ditahan September tahun lalu selepas satu letupan berlaku di sebuah rumah di Jakarta. Seorang militan cedera parah dalam insiden tersebut. Bom yang meletup itu dikatakan dibuat untuk melancarkan serangan.
Hukuman itu bagaimanapun kurang empat tahun daripada yang diminta oleh pasukan pendakwa raya.
- AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails