Friday, June 28, 2013

Penapis Rokok Dari Darah Babi. Awas Penguasaan Negara..


Banjarmasin: Ketua Suruhanjaya Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi. Dr Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok. 

Bercakap pada dialog mengenai bahaya merokok di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, semalam, Hakim berkata, beliau yakin penapis yang diimport untuk digunakan pada rokok di Indonesia adalah komponen daripada darah babi. Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman.

Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok. Hakim berkata, sudah sepatutnya umat Islam di Indonesia menjauhi barang yang jelas haram di sisi agama. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rokok macam  candu juga, merupakan alat yang digunakan negara maju untuk menguasai negara berkembang. Indonesia masa kini menjadi sasaran empuk negara maju yang gencar menyerang melalui industri rokok. Rokok dan candu takde beda. Keduanya menimbulkan ketergantungan dan berdampak buruk bagi kesihatan. 

Sejarah juga mencatat, rokok dan candu telah dijadikan senjata untuk menguasai negara lain. Candu mengalaminya lebih dulu, melalui perang Inggeris dan China pada perang candu tahun 1839-1842. Pada masa ini, Inggeris dan sekutunya menekan China supaya mahu menerima kiriman candu. 

Kejadian serupa dialami pada perang Vietnam dan Amerika Syarikat (AS), tahun 1955-1975. Perang dimenangkan Vietnam, setelah serdadu AS dibujuk menggunakan candu. Kini, kedudukan candu digantikan rokok. Lokasi perang juga berganti ke negara berkembang, misalnya Indonesia,

Pada hal negara berkembang  bukannya tak tahu bahaya merokok. Namun keuntungan investasi menyebabkan industri rokok sukar dilawan, walaupun ianya meracun dan membunuh rakyat sendiri. Padahal, menerima industri rokok sama saja membuka pintu untuk melemahkan generasi muda kita sendiri. (IH)

1 comment:

  1. Tidak saya temukan org yg menjaga agamanya merokok.

    ReplyDelete