Thursday, June 13, 2013
Perlantikan Saifuddin: Zuraida Mula Dedah-dedah...
SHAH ALAM – Kepimpinan PKR Selangor masih belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai seranta politik (political liason) negeri Selangor.
Perkara tersebut didedahkan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin yang menegaskan beliau serta pemimpin lain termasuk Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak dimaklumkan berhubung pelantikan tersebut.
“Kepimpinan daripada pihak negeri (setakat ini) kami tidak menerima sebarang maklumat rasmi mengenai perkara ini, serta skop kerja yang akan dilakukan oleh beliau.
“YB Azmin kembali hari ini (semalam). Kita akan duduk berbincang apakah ia (pelantikan dan jawatan) tersebut sebenarnya,” katanya dalam sidang media semalam.
Pelantikan Saifuddin mewakili PKR sebagai political liason yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupnya semasa Kongres Nasional ke-9 PKR.
Jawatan tersebut bakal ditubuhkan bagi mengendali hal ehwal politik dalaman negeri sekali gus membantu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa mencampuri pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR bagaimanapun berkata, PKR serta kepimpinan lain mengalu-alukan pelantikan tersebut jika benar ia dibuat demi kepentingan urusan pentadbiran kerajaan negeri. Dalam perkembangan lain, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang turut mendakwa karenah birokrasi Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar menyebabkan urusan penyaluran dana dalam penyelesaian masalah rakyat terbantut.
Menurutnya, beberapa masalah rakyat yang dikenal pasti terbengkalai lantaran kelewatan maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri.
“Kami berharap masalah rakyat yang dikenal pasti terbengkalai lantaran kelewatan maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri.
“Polisi dan dasar yang digubal oleh Kerajaan Negeri dapat meningkatkan komunikasi untuk mendapatkan maklum balas dengan ahli Parlimen dan Adun juga Ahli Majlis,” katanya.
Antara masalah tersebut adalah isu air, kekerapan dan kapasiti pengutipan sampah, pembersihan kawasan awam dan longkang, jalan berlubang serta masalah lampu jalan. Selain itu, Zuraida turut meminta Kerajaan Negeri menyemak kembali dana terkumpul berjumlah RM2.6 billion dan menyalurkan dana tersebut dengan lebih teliti. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bermulalah sebahgian dari pimpinan PKR, dedah-dedah dan londeh-londeh? Isu ini sebahagian darinya. Dulu dikatakan mereka asyik campur hal dalaman parti rakan PR, sekarang berjangkit ke arah londeh diri sendiri pula. Entah apa jadi hujungnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Maksud yang tersirat dlm hati Kah Idah berbunyi begini: "" Khalid, ko bagi bagikanlah simpanan RM 2 billion kepada ahli ahli PKR, bagikanlah dalam bentuk projek,,, supaya kita dapat meraso simpanan tu,,,,kalu ko Khalid dok simpan duit tu dan tak guno,,,aku takut nanti habih duit tu,kat tempat lain,,,kita semua pun tak meraso,,,penat akak bejuang dlm PKR ni,,,tinggalkan perniagaan pasar malam akak...Kalu
beginilah caronya ko melayan kami Khalid,,,lebih baik akak balik meniaga pasar malam semulo.""
mak lampir yang gile ni dah mula tunjuk gile, ko ingat ko menang pasal ko hebat ker, kalau ko asayik nak projek , nak jadi kayo raye baik ko kuar pr dan join umno mak lampir bahlul
Post a Comment