PENGUNJUNG Islam yang ditahan ketika mandi buih.
KL: Tiga pelajar perempuan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sepatutnya memanfaatkan cuti hujung minggu mengulang kaji pelajaran, namun memilih untuk bermandi buih di sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng, di sini, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, kelekaan tiga pelajar terbabit menari ghairah di dalam sebuah kolam disediakan penganjur membawa padah apabila mereka antara 47 yang ditahan dalam serbuan mengejut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi, JAWI yang menerima maklumat awam mengenai parti dinamakan Pesta Buih Artis Malaysia menyerbu premis yang dihadiri
- pelajar sekolah,
- pasangan gay dan kekasih
- dan beberapa individu dipercayai selebriti beragama Islam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan 38 lelaki dan sembilan wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan.
“Serbuan dengan kerjasama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menahan dua pemilik premis berkenaan yang bersubahat menggalakkan maksiat bagi membantu siasatan.
“Kami terlebih dulu membuat risikan selama 13 jam sebelum serbuan dijalankan dan mendapati premis terbabit dikunjungi ramai pengunjung beragama Islam,” katanya.
Wan Jaafar berkata, pihaknya kecewa sejurus mendapati tiga pelajar sekolah turut terbabit dengan pesta buih yang bercampur lelaki dan perempuan.
“Kebanyakan mereka ditahan mengikut Seksyen 35 kerana menggalakkan maksiat dan ada pengunjung disiasat mengikut Seksyen 29 kerana berkelakuan kurang sopan.
Beliau berkata, mandi-manda tidak menjadi masalah, namun pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dengan berpakaian menjolok mata salah di sisi agama. Difahamkan, ketika serbuan beberapa selebriti dalam perjalanan ke premis terbabit, namun sejurus mengetahui operasi sedang dijalankan mereka berpatah balik.
Menurut sumber, pesta itu dianjurkan secara tertutup kepada kenalan dan pengunjung tetap yang mempunyai tiket khas.
“Pesta ini dianjurkan setahun dua kali iaitu pada Jun dan Disember,” katanya. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini lagi tarbiah UMNO/BN..
No comments:
Post a Comment