Monday, June 17, 2013
Runtuh: HQ UMNO Dibina Sebelum Pelan Diterima..
"Bagaimana negeri boleh tunduk kepada Umno dan membenarkan kerja-kerja dimulakan sebelum pelan bangunan dihantar?"
Ng melontarkan pertanyaan itu dalam sidang media di Jalan Macalister, di mana penebat kilat daripada bangunan itu jatuh, sekali gus menyebabkan dua terbunuh ketika ribut melanda Pulau Pinang pada Khamis.
Ng mendakwa, kerajaan tempatan pada 23 Disember 1995 mengeluarkan kebenaran memulakan kerja khas kepada kontraktor bangunan, dua tahun sebelum pelan pertama dihantar pada 31 Julai 1997 dan pelan pengubahsuaian pada 24 Julai 1998.
Pada 1 Oktober 1996, timbalan ketua Menteri pada masa itu Shariff Omar melawat bangunan itu dan "merestui" pembinaannya walaupun pelan bangunan belum dihantar, dakwa Ng. (MK)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment