Tuesday, June 25, 2013

Scarlett Johansson: Begini Sebenarnya Untuk Kekal Ramping..

Scarlett Johansson Amalkan Kung Fu Untuk Kekal Ramping

HALAMAN HIBURAN
AKTRES Scarlett Johansson mengamalkan seni mempertahankan diri Kung Fu untuk mengekalkan kerampingan tubuh badannya.

Menurut laporan portal Contactmusic, pelakon berusia 28 tahun itu turut mengamalkan mengambil makanan dalam amaun kecil secara kerap untuk kelihatan kurus dalam filem Avengers Assemble yang turut melibatkannya sebagai pelakon utama.

"Scarlett kini cukup obses dengan Kung Fu. Hampir setiap hari dia berlatih. Dia juga banyak menghabiskan masa di gim untuk membentukkan otot lengannya.
"Dia juga menjaga pemakanannya dengan mengambil makanan berkuantiti kecil sebanyak enam hingga lapan hari sekali," kata sumber.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: TG Nik Aziz sewaktu mula-mula jadi MB Kelantan dulu, pernah mencadangkan supaya wanita-wanita belajar ilmu pertahankan diri. Walaupun tujuannya lebih besar dari 'kekal ramping seperti di atas.


Ulama'-ulama Islam sejak dari dahulu telah membahaskan tentang (hukum) mempelajari seni mempertahankan diri. Dalil yang diambil dalam memahami isu ini ialah dari surah al-Anfal ayat 60, 
  • “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi.”
Terdapat juga sebuah hadith yang direkodkan Abu Daud, bahawa Nabi saw pernah bergusti dengan Rukanah. Dan menurut hadith tersebut, Rukanah dan Nabi saw pernah bergusti lebih dari sekali. Berdasarkan kepada hadith ini, para ulama’ mengulas bahawa gusti tidak akan sesekali mengurangkan kewibawaan, kemulian dan darjat seseorang.

Menurut Ustaz Yusuf al-Qardhawi, 
  •  “Belajar seni mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memiliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, “Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.”
Yang penting, tidak ada unsur-unsur haram dalam kegiatan tersebut. Haram dari sudut kepercayaan (syirik) atau tata cara pergaulan.

 Kata Qardhwi lagi.. 
  • “Islam tidak menghendaki tubuh rapuh, yang tidak boleh menangung beban ketika sedang dituntut darinya, tidak mampu menghadapi kesengsaraan, serta tidak kuat ketika mendapat tentangan. Islam menolak manusia seperti yang digambarkan oleh seorang penyair arab dahulu: “terpaan angin-angin sepoi melukai kedua belah pipinya, dan usapan sutera membuat hujung-hujung jemarinya berdarah.”
Begitulah. (IH)

2 comments:

mohd azrul said...

kepada kaum wanita ikutlah macam kekal ramping scarlett johansson

shidine didine rahman said...

kaum lelaki pun perlu kekal perut kempis...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails