Wednesday, June 05, 2013

Sedikit Maklumat Wanita Hina Agung. Bukan Hina Allah & Rasul..

Balairong Seri Istana Negara di Jalan Duta yang akan menyaksikan pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14

Suspek Wanita Hina Agong Ditahan - SKMM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis pada Selasa berjaya mengesan dan menahan seorang pengguna Facebook yang bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM, suspek yang merupakan seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan.

"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya. SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan bagi membantu siasatan lanjut," menurut kenyataan itu.

Wanita berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948. Baru-baru ini sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab menerusi laman sosial itu sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri. Titah Seri Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook seperti yang didedahkan oleh laman blog 'Whats Up Brades'. Blog itu turut menyentuh secara khusus kata-kata biadab yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial terbabit. (mStar)

Menurut Ameno World
Wanita Hina Agong Ditahan.
Aku tak faham. Tang mana menghina nya? Kalau di tengok pada screen shot yang disebarkan aku tak nampak pula apa yang dikatakan menghina itu. Hari neh dalam sinar harian ada dekat 4 pages dok bercerita isu neh. Macam isu besar pula. Aku rasa isu belly dance tue lagi patut people concern. At least dancer tue memang bengap. Buat tarian depan budak2 kecik dengan bercoli, kat kawasan public pula tue. Mana tak kena balon kan.

Menurut statement terkini Prof Aziz Bari, pakar perlembagaan dan undang2 sendiri ada sebut ; Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata, tiada masalah untuk rakyat Malaysia mengkritik titah Yang di-Pertuan Agong dan mempersoalkan keputusan pilihan raya kerana kedua-dua tindakan itu merupakan hak yang dijamin oleh perlembagaan.

"Kita mesti selalu ingat bahawa di negara ini, perlembagaan yang paling tinggi dan semua orang, termasuk Agong, tertakluk kepadanya.
"Tiada seorang pun, termasuk Agong, mempunyai kuasa untuk menafikan hak yang dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan negara.
"Ini termasuk hak untuk mempersoalkan keputusan pilihan raya, selama mana ia dibuat menurut perlembagaan," katanya.

Makna nya kita boleh kritik la. Aku pun nak kritik. Sejauh mana Agong benar2 memahami kenapa rakyat persoalan isu penipuan pru neh? Majoriti yang keluar mengundi pangkah pr tau. Bukan bn. Kita orang majoriti tau. Suara orang ramai.

Memang fakta beb. Duit cukai disalurkan pada Agong. Tue bukan fitnah. Jauh sekali penghinaan. Buka bajet dan check sendiri la. Dah tue kalau dah rakyat bayar macam2 tapi nak cakap itu neh seme tak boleh. Seme salah. Apa ke logiknya?

Memang. Kalau aku n ko sorang2 bayar memang la sikit. Tapi secara berjemaah konsisten kita orang bergabung bayar tau. Jadi mereka2 neh tak patut di sekat dari zahirkan sesuatu. Lebih2 lagi bila perlembagaan cakap boleh. Ko sapa cakap tak boleh?

Pendapat aku berhenti takut2kan orang dengan orang. Agong = orang. Kalau ada salah yang rakyat buat terai didik. Salah kecik2 jangan amek ahti sangat. Kalau salah besar2 boleh la ko hukum. Dalam kes neh aku tengok tiada keperluan untuk buka kes dan siasat wanita tersebut Jangan diturut sangat provokasi2 murahan sesetengah pihak yang saja naya wanita tue atas faktor dia bangsa cina untuk dapatkan millage politik. Aku nampak itu yang sedang berlaku sekarang. 
Oke bai.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Dalam Islam amat berat padahnya kalau ada yang mnghina Allah dan Rasul.

7 comments:

ahlee said...

ketua Agama Islam Malaysia? nikajis kot?alaihai bodohnya pemelok dapigs ni.....

Anonymous said...

Sudah la lembu woi..tetap bebal kerana tembolok tersumbat dgn dakyah bn keparat..

Anonymous said...

Dia org nih kalau ada isu menguntungkan dia org diputar2nya, tapi bukan semua rakyat bodoh n bebal.

Anonymous said...

dangkalnya pemilik blog ni..

Anonymous said...

Salam semua.
Cuba kita berfikir diluar kotak. Tanpa ada fahaman mana2 politik. Cuba berfikir tanpa ada apa2 perasaan kebencian pada mana2 individu. Cuba fikir sejenak....
1. Siapakah sebenarnya perempuan yg menghina agong. Cuba siasat dengan mendalam. Saya cabar blogger dedahkan perkara ini.
2. Apakah tujuannya, ketika suasana rasis di Malaysia masih panas. Seolah2 mengapi melayu utk memulakan sesuatu.
3. Adakah dia lupa yg agong lambang kewujudan Melayu.
4. Apakah betul text yg dibaca ditulis oleh umno? Seolah2 agong tiada pengawai istananya sendiri.

Tak salah utk meluahkan pendapat atau idea, tapi perlulah melalui cara yg betul. Persoalannya skrg, kenapa bila melayu bersuara dikatakan rasis, tapi bila kaum lain terutama cina bersuara, hanya dikatakan meluahkan pendapat malah disokong membabi buta oleh kaum melayu itu sendiri. Sungguh memalukan.

Anonymous said...

mula cina hina agong lepas tu hina ISLAM sebab wujudnya melayu liberal yg dungu yg kononnya ANTI RASIS

Anonymous said...

cuba fikir berpuluh tahun sultan2 ni makan mewah. tinggal istana mewah, pakai kereta mewah.. bercuti tempat mewah... mana dapat duit.. semua hasil titik peluh rakyat sedangkan rakyat masih ramai yg miskin. masih ada yg makan nasi dgn kicap..(tengok tv3 bersamamu).. tinggal kt rumah yg hampir roboh.. kenapa rakyat tk layak mengkritik sedangkan bangsa melayu paling ramai yg miskin???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails