Sunday, June 23, 2013

Siang Amah Malam Dijamah, Juga Bukan Kerana Zina..

FotoTIGA wanita ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran.

Georgetown: Siang jadi amah, malam tubuh dijamah. Itu yang dilakukan segelintir pembantu rumah warga asing untuk mencari wang tambahan.
 
Bagaimanapun, perbuatan keji mereka terbongkar apabila sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menyerbu sebuah pangsapuri di Lebuh Maccalum, awal pagi semalam. Dalam serbuan itu, seorang wanita yang juga ‘ibu ayam’ serta dua wanita disyaki pelacur ditahan ketika berada dalam premis terbabit untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Seorang daripada wanita yang ditahan itu mendakwa kononnya bekerja sebagai pembantu rumah ketika siang dan bertukar profesion menjadi pelacur ketika malam.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, dalam operasi enam jam yang bermula jam 9 malam itu, pasukan polis turut menyerbu premis yang menjalankan aktiviti perjudian di negeri itu. (myMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Juga tiada larangan najis zina dalam perundangan di Malaysia, kerana tiada niat haramkan 'seks haram' menurut Islam..

No comments:

Post a Comment