Tuesday, June 04, 2013

Suami 2X Rogol Isteri Kerana Tuntut Cerai..


Jaakko  Isteri




Gombak: Tidak dapat menerima keputusan isteri yang tetap mahu bercerai walaupun sudah dipujuk berulang kali, seorang lelaki tergamak ‘menculik’ wanita itu di sebuah pasar raya di Kepong, dekat sini dan membawanya ke Batu Arang, sebelum mengikat tangan serta memperkosanya di dalam kereta.

Malah, lelaki berusia 30-an itu turut mengambil gambar bogel isterinya berusia 35 tahun itu selepas permintaan supaya mangsa kembali hidup bersamanya tidak diendahkan.

Selain itu, lelaki terbabit mengugut mahu melakukan sesuatu supaya kedua-dua mereka mati bersama jika isteri enggan kembali kepadanya menyebabkan mangsa yang ketakutan meminta suaminya memikirkan masa depan tiga anak mereka sebelum bertindak demikian.

Lelaki terbabit yang ‘lembut hati’ selepas mendengar rayuan isterinya itu kemudian menghantar semula mangsa ke tempat letak kereta pasar raya di Kepong sebelum melarikan diri.

Difahamkan, pasangan terbabit sudah tiga tahun tidak tinggal bersama dan kini dalam proses bercerai selepas mangsa tidak tahan kerana sering dibelasah.

Sumber berkata, sebelum kejadian pada Khamis lalu, mangsa yang berada dalam kereta di hadapan sebuah pasar raya di Kepong selepas membeli barang terkejut apabila suaminya membuka pintu kereta dan terus mengacukan pisau serta mengarahkannya berdiam diri, kira-kira jam 9 pagi.

“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, suaminya terus mengikat tangan dan mengarahkannya ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut kereta milik mangsa menghala ke Batu Arang.
“Sebaik tiba di kawasan semak, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks, namun wanita terbabit enggan,” katanya.

Menurut sumber berkenaan, berang dengan keengganan wanita itu, suami mangsa terus merogolnya sebanyak dua kali dalam keadaan tangan isterinya terikat.
“Tidak cukup dengan itu, gambar mangsa dalam keadaan bogel turut dirakam dan suami mangsa turut merayu supaya mereka kembali hidup sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, mangsa yang serik dengan sikap panas baran suami enggan kembali kepadanya menyebabkan lelaki itu naik angin dan mengugut mahu membunuh diri bersama sebelum merayu memikirkan masa depan anak mereka.

“Terkejut dengan ugutan itu, mangsa meminta suaminya itu memikirkan semula kerana tindakan itu akan menggelapkan masa depan anak mereka.
“Suaminya akur dan terus menghantar isterinya pulang semula ke pasar raya berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya.

Sebaik dibebaskan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Gombak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan mangsa dan polis sedang giat memburu suspek. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Hal ini tentu berlaku d kalangan bukan Islam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails