Kelantan tuan rumah tilawah al-Quran selepas 23 tahun
KOTA BHARU: Kelantan mencatat sejarah selepas 23 tahun berada di bawah PAS, pertama kali diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.
Tilawah kali ke-56 diadakan di Balai Islam Lundang bermula malam ini sehingga 14 Jun ini. Perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Besar; Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Kerajaan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri serta pusat.
Perdana Menteri merakam ucapan terima masih kepada Kerajaan Kelantan kerana setuju menjadi tuan rumah pada tilawah kali ini.
"Ini mencatat sejarah sebagai menyambung penyatuan ummah," katanya pada ucapan perasmian.
Sebelum itu, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana Kelantan dipilih julung kali sebagai tuan rumah. Ini selaras dengan minat yang mendalam rakyat Kelantan terhadap al-Quran sejak dahulu lagi. Seramai 29 qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan pada tilawah yang bermula malam ini.(Hrkh)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menonton Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan malam tadi, Kelantan mencatat sejarah selepas 23 tahun berada di bawah PAS, pertama kali diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di sama. Tilawah kali ke-56 diadakan di Balai Islam Lundang bermula malam ini sehingga 14 Jun ini. Perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang mengucapkan syabas kepada RTM atas liputan langsung ucapan Menteri Besar Kelantan ketika perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-56 di Dewan Balai Besar, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di Kota Bharu, malam tadi. (Syabas RTM siar langsung ucapan MB Kelantan)
Sehngga ada kawan-kawan kita berbisik, "Apakah ini pendekatan MB Kelantan Baru dalam menuju PAS era baru?
No comments:
Post a Comment