Poster yang menjadi bahan sejarah..
Oleh IBN ABDULLAH ALAWAB
2 SYAABAN 1434H (JUMAAT) 21 JUN 2013
PASTI tidak lengkap dan
Sejarah Politik
Sebelum merdeka UMNO
Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pilihanraya umum pertama dikendali oleh SPR selepas merdeka diadakan pada tahun 1959. Walau UMNO telah terap dan merealisasi misi dan visi UMNO selama 15 tahun dibumi Kelantan menjelang merdeka. Tetapi UMNO telah tewas dalam pilihanraya pertama di Kelantan.
PAS berjaya menawan Kelantan dan melantik
Agong di DBP Kuala Lumpur pada 23 Oktober 1982 hari Sabtu. Satu peristiwa besar sekembali dari muktamar, yakni pergolakkan tercetus dan meruncing dan menanti belah. Tepatnya pagi Jumaat 29 Oktober 1982 dikuliah pagi Jumaat Dewan Zulkifli dipenuhi dengan penyokong Ustaz Nik Aziz bin Nik Mat.
PAS berjaya menawan
- Dato'
Bentara Jasa Haji Ishak Lotfi bin Omar menjadi Menteri Besar pertamanya dari tahun 1959 - 1964 kerajaan PAS. - Tahun 1964 - 1973 jawatan MB
Kelantan disandang pula oleh Dato' Seri Peduka Raja Haji Mohd Asri bin Muda (1963 - 1973 kerajaan PAS dan 1973 - 1974 kerajaan Champoran PAS - UMNO dan jadi BN. - Ketika PAS berada dalam zon
perpecahan dan lahirnya BERJASA dipimpin oleh Dato' Muhamed Nasir. PAS keadaan mandom terpaksa menghadapi pilihanraya dan PAS tewas. Tahun 1973 - 1978 Dato' Biji Sura Haji Muhamed bin Nasir kerajaan BERJASA - BN, PAS kalah dalam PRU selepas darurat diistihar dan TS Hashim Aman berkuasa memperkasakan UMNO.
Ramai dikalangan Anggota Dewan Harian Pemuda Negeri dan Kawasan berada ketika Ustaz Nik Aziz menyampai kuliah cukup pedas dan tegas serta tangkas berbicara. Diantara kalimat-kalimat yang dilafazkan oleh Ustaz Nik Aziz, lanjutan dari ganguan- ganguan calun dalam pilihanraya yang terdapat tangan berbisa mencampuri dan berantak di muktamar.
Jadi ianya meletup didewan Zul pejabat PAS Kelantan No. 1960, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu. Diantara ucapan dan kata- kata Ustaz Nik Aziz yang dapat saya ingat dan peturunkan kembali disini adalah,
"Mana boleh satu kapal ada dua nakhoda, mesti hancor lebur. Jadi kawea nak tanya demo, demo nak kawea ka atau demo nak Dato' Asri?"
Sebaik itulah yang diluah dan
Mereka pemuda waja ketika itu, saat itu adalah almarhum Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood TKP PAS, Haji Hashim Omar Pasir Mas, lebih hebat lagi dua pimpinan pelajar dari Universiti Malaya Saudara Husham Musa dan Ustaz Muhammad Hussin Gaal. Diatas kental dan pejal mereka tuntas memberi sokongan, makanya selepas itu barulah Ustas Nik Aziz mendapat sokongan, payah kerana ahli PAS Kelantan lama dibawa Dato' Asri, Dato' Nik Man dan pemimpin sezaman itu.
Datuk Paduka Haji Husam bin Haji Musa
Datuk Paduka
Husam Musa yang saya maksudkan adalah Datuk Paduka Haji Husam bin Haji Musa yang dari belajar sampai saat diketepi adalah PAS tulen. Manakala Ustaz Muhammad Hussein Gaal adalah mantan AhPar Pasir Putih. Sesunggohnya sebelum tahun 1982 telah saya mengenali mereka ini, dibawah madrasah usrah yang dipimpin oleh Almarhum Ustaz Yahya Othman (mantan exco kanan KNK Dato' Haji Yahya Othman dan adinya sahabat saya Encik Majid Othman ADO) juga kami bersama- sama dengan Bapak Paksu Khair dan lain-lain.
Dengan perancangan yang terancang PRU diadakan untuk memenangkan UMNO. Jadi sampailah hajat UMNO menang dan menuboh kerajaan Kelantan. Jadi 1978 -1990 Dato' Bentara Kanan TS Haji Mohammed bin Yaacob UMNO - BN menuboh kerajaan tulen mereka ketika itu (Strategi UMNO inilah calun MB Kelantan merujuk Mohamed Yaacob menteri pelajaran ketika itu yang yang berprifil tinggi).
Selepas itu bilamana UMNO berentap tuntas diantara Mahathir dengan Ku Li, akhirnya UMNO berpecah dua. Hasil dari perpecahan UMNO tersebut maka lahirlah Angkatan Perpaduan Ummah - APU. Yang mana Parti Melayu Semangat 46 pimpinan YBM TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah dan BERJASA dibawah Dato' Wan Hashim berganding kerjasama dan muafakat dengan PAS menghadapi umNO(Baru)bN dalam tahun 1990. APU berjaya dengan cemerlang dalam pilihanraya tersebut. Kelantan ditawan oleh APU.
Kerajaan umNO(Baru)bN TS Mohammed Yaacob tumbang, cuma dapat bertahan 12 sahaja. APU - PAS kembali menjadi pemain penting politik Kelantan dibawah Ustaz Nik Aziz bin Nik Mat dan selepas itu dikenali dengan Tok Guru Nik Aziz Haji Nik Mat Alim (saya petik ayat yang selalu Almarhom Ayahnda Saupi Kuchelong menyebutnya 33 tahun dulu). Maka tertubohlah kerajaan APU tetapi umNO(Baru)bN masih sebutnya kerajaan PAS.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
Tuan
Sepanjang perjalanan 1990 - 2013 Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (23 tahun kerajaan PAS juga Barisan Alternatif - BA dan kepada Pakatan Rakyat - PR). Pasti tempoh 23 tahun Tok Guru telah menempoh menghadapi asam garam dan manis dilalui, diselesaikanya demi untuk rakyat Kelantan, mencabar dan mendebarkan satu ketika dan cukup kritikal dalam PAS menguasai DUN Kelantan. Walau dengan majoriti 1 kerusi 2 undi majoriti, kerajaan Tok Guru Nik Aziz telah memecah rekod negeri Kelantan dan negara serta rekod kerajaan dunia mengamalkan demokerasi, mampu mempertahankan kerajaan telor dihujong tandok sehingga Parlimen dan DUN dibubarkan.
Saranan Kepada ADUN
Disinilah saya menyaran kepada seluroh sekelian ADUN dan ahli Parlimen PR sekarang, belajarlah dari mereka pahlawan satria ADUN ketika itu. Mereka cukup kental dengan perjuangan, istiqamah dan tolak habuan dunia yang mengejar dan mengamit mereka ketika itu. Anda ketika itu, ramai diantara mereka adalah teman-teman kami dulu (Ketika menaip rencana ini airmata berderai kenangan saya melayang kepada Almarhom Cikgu Daud Kemumin, Almarhom Ustaz Mustapha Ibrahim Salor, Almarhom Ustaz Mawardi Ahmad Kenali, Almarhom Ustaz Buniyamin Yaacob. Almarhom Ustaz Wan Hassan Guchil, Almarhom Ustz Wan Jamil Wan Mahmood, Almarhom Ustaz Ismail Awang Tumpat, Almarhom TG Haji Daud Yusoff Meranti.
Teman-teman yang lain Almarhom Haji Che Hassan Ishak Peguam, Almarhom Cikgu Majid Pohon Buloh, Almarhom Haji Che Min, Almarhom Cikgu Musa Pasir Putih, Almarhom Cik Wil Golok dan anaknya Almarhom Kamaruzaman, Amin Jaafar Rawas dll. AlFatehah).
(Teman-temanku yang masih ada di Kelantan kini seperti Cikgu Wan Rahim Wan Abdullah - Dato' Wan Rahim mantan Speaker DUN Kelantan dan AhPar, anak Mat Yatim menantu guru politikku Almarhom Amaludin Darus YB Hanifa, Haji Hashim Omar, Abang Omar Muhammad - Dato' Omar mohamad mantan speaker mantan exco, Tok Imam Shaari Gunong. Ustaz Idris Ahmad Tawang dan ramai lagi, apa khabar anda semua?).
Kenapa saya tidak sebut dan sentoh Husham Musa? Kerana satu rencana khas Husham akan mengekori rencana ini, InshaAllah.
Selepas PRU13 banyak pihak berkeyakinan bahawa Kelantan akan mendapat Menteri Besar yang baru, bukan kerana rakyat menolak Tok Guru sebagaimana dialami oleh pemimpin-pemimpin yang lain baik dalam PAS apalagi dikalangan umNO(Baru)bN. Tetapi ianya berfaktorkan usia yang lanjut dan kesihatan yang sering terganggu tidak diterus membebankan dirinya menjadi MB kerana kepentingan politik dan Tok guru dijadikan kurban.
Ianya telah menjadi kenyataan apabila Ustaz Ahmad Yaacob mengangkat sumpah pegang jawatan dan perlantikkan TMB dan anggota Exco yang baru.
Ianya telah menjadi
Sewajar dan selayaknyalah YB Tok Guru Nik Aziz berhenti dari terus menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim sebaik selesai PRU13 baru-baru ini dihargai dan disanjung tinggi dengan penghargaan. Ianya berdasarkan kepada faktor gangguan kesihatan yang berbanjangan dialami dan dihadapi oleh Tok Guru. Ianya berkaitan rapat dengan faktor usia dan keperluan rehat dalam kata sebenar dikehendaki oleh kesihatan seiring dengan umur yang lanjut 83 tahunalhamdulillah.
Tempoh 23 tahun pasti memegang jawatan MB adalah jangkawaktu yang lama Tok Guru berbakti untuk rakyat dan negerinya. Subhanallah.
Tempoh 23 tahun pasti
Tempoh 3 tahun terakhir perkhidmatan Tok Guru, sering doktor menasehati (dalam erti memaksa) Tok Guru mengambil rehat wajibnya dengan dimasokkan kewad dihospital. Tok Guru Nik Aziz telah memikul amanah rakyat dan amanah PAS - PR menjawat jawatan ketua eksekutif pentadbiran kerajaan negeri Kelantan Darul Naim selama 23 tahun (000 - 000), walaupun tidak dapat memintas KM Serawak TS Taib Mahmud menjadi KM cukup lamadisandangnya.
Dalam tempoh perkidmatan menjadi Menteri Besar Kelantan, Tok Guru telah mengabdikan dirinya ketika mentadbir dan semasa memerentah negeri Kelantan Darul Nain, dengan berpandukan ilmu yang digalinya dari Al Quraan dan Al Hadis Junjungan Baginda Rasul SAW yang dipelajari semasa belajar di Durbun Lucknow India dan dibumi Bumi Kinanah Mesir.
Tok Guru telah menerapkan tugas resminya mengikut keberanian dan kemampuannya walau berdepan dengan halangan dari kerajaan pusat di Putrajaya yang zalim selama 23 tahun terhadap beliau. Hatta kerajaan pusat di Putrajaya sanggop menoda dan menanggong dosa kerana tuboh kerajaan dalam kerajaan di Kelantan dan menyeleweng duit rakyat Negeri Kelantan difaraid untuk dinikmati olah pemimpin pembangkang Kelantan umNO(Baru)bN dan kuncu-kuncu mereka.
Tok Guru telah
Lebih parah dari itu, kerajaan pusat umNO(Baru)bN Putrajaya sejak jaman Dr Mahathir sampailah kepada zaman DS Najib Rosmah yang kaya dengan retorit dan slogan perubahan politik negara, semuanya dengan jawapan kosong sekadar auta untuk dinikmati rakyat Kelantan. Mereka (kerajaan umNO(Baru)bN Putrajaya) telah bertindak menafikan hak-hak beliau untuk mendudoki dalam jawatankuasa perengkat negara kapasitinya sebagai MB, untuk mewakili rakyat dan negeri Kelantan termasoklah juga kebawah Duli Tuanku Sultan Mohd V.
Tetapi umNO(Baru)bN telah menoda dan melanggar undang-undang dan perlembagaan negara seperti pentamun siang pecah bank. Hak-hak disandang MB (Tok Guru ketika itu), diberi kepada ketua pembangkang Kelantan cap umNO(Baru) mencabul hak kedaultan negeri dan negara dengan bersahaja.
Tetapi umNO(Baru)bN
Contohnya pemulangan yang wajib dan hakiki wang berkapita (cukai yang dipungut dibawa ke kerajaan pusat Putrajaya) mengikut jumlah kepala rakyat negeri selaris dikhianati dengan lengahkan pemberian dan tanggoh hatta macam dinafikan wang tersebut milik rakyat negeri Kelantan Darul Naim.
Inilah penindasan dan penyelewengan yang berterusan amalan kerajaan pusat di Putrajaya yang dipimpin umNO( Baru)bN dari Dr Mahathir, Dolah Badawi sampai kepada DS Najib Rosmah. Parti yang solid memperjuang dan memertabatkan Melayu dulu kini dan selamanya. Hirup Melayu! Hisap Mamak! Hidup Najib!!!
Inilah penindasan dan
Manakala wang royalti hasil petroluim/gas dari Petronas, umNO(Baru)bN panjangkan tanga mereka umpama tangan syaitan. Mereka dari lanun dilaut, naik kedarat menjadi perompak. Mereka menolak dan menidak dengan menafikan perjanjian yang sah diantara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan.
umNO(Baru)bN yang memegang perajaan pusat di Putrajaya telah khianat dan pecah amanah dengan merompak ditengah jalan oleh pemimpin umNO(Baru)bN dimasokkan kedalam kantong JPP (yang bebas ordit perbelanjaannya) sebagai saloran untuk dicanel paraid oleh pembangkang pemimpin umNO(Baru)bN Kelantan. Seperti lanun penyamun lagaknya. Inilah amalam demokerasi songsang yang pincang dilaksanakan umNO(Baru)bN tempoh 23 tahun.
umNO(Baru)bN yang memegang
Tok Guru Nik Aziz selama 23 memegang jawatan MB Kelantan dengan menabor bakti dan meninggalkan jasa yang besar untuk rakyat Kelantan. Tetapi rakyat negeri Kelantan jangan lupa diatas sumbangan tuntas dari gaji dan elaun beliau sebagai YAB MB selama 23 tahun. Jumlah yang besar dikembali dipulangkan kepada kepada rakyat negerinya. Rekod ini, pasti tidak dapat untuk menyamai apalagi untuk memintas sumbangan dan pengurbanan TOk Guru kepada rakyat dan negeri pimpinannya dikalangan PM, MB dan KM dari umNO(Baru)bN.
Saya pinta Perkasa, Hasan Jati jalor3 dan Zul Kulom menafikan kenyataan ini. Ianya bukan kerana faktor usia dan faktor sokongan dihadapi oleh Tok Guru. Tetapi faktor kesihatan dan rehat adalah penting, sebagaimana kata Nik Abdoh ketika menziarahi ayahndanya di hospital sebaik kerajaan Kelantan yang baru terbentok. Katanya lebih kurang ingatan saya,
"Hari ini, ayahndaku sunggoh-sunggoh berehat dari kerjanya".
Tok Guru telah melakar kerjaya politiknya cukup manis dan membanggakan sebagai menteri besar yang PAS lahir dan persembahkan untuk Kelantan yang bebasdari rasuah dengan selogan ' Membangun Bersama Islam'.
"Hari ini, ayahndaku
Tok Guru telah
Sehingga sekarang Tok Guru masih mengekal jawatan keramatnya sebagai Pesurohjaya PAS Kelantan yang disandang pada tahun 1980 (kalau tak silap ingatan saya) ganti Dato' Asri Haji Muda ( selepaas itu masok UMNO dan bergelar TS dah Almarhom - Al Fatehah) dan terus juga kekalkan jawatan diperengkat pusat sebagai Mursidul Am PAS.
Sedangkan lawan politiknya pembangkang yakni umNO(Baru), mereka telah bariskan setengah dozen bertukar silih berganti dan muncul lagi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan umNO(Baru) Kelantan. Penyandang awal YBM TS Tengku Razaliegh Tengku Hamzah dan 2 mantan PM telah memegang jawatan No 1 umNO( Baru) Kelantan iaitu Tun Dr Mahathir Muhammed, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Serta TS Anwar Musa, DS Dr Awang Adik Hussein, dan DK Mustapha Muhammad kalau tak silap dua kali menjawatnya sampai sekarang.
Sedangkan lawan politiknya
Banyak rahsia yang diperkatakan oleh rakyat umum dan orang ramai, vaksin yang mujarab diperkenal dan diterap kedalam dirinya selama 23 tahun menjadi Tok Guru Nik Aziz menjadi menteri besar bersifatnya humble sejak saya mengenali dengan kereta usang Mercedes AS 66 dan selepas itu Saudara Lah menjadi pemandunya tidak resmi dan pemandu resmi MB sebaik Tok Guru mengangkat sumpah jawatan MB mula-mula dulu.
Dan terus gunting rsmbutnya dikedai gunting Hamid dibawah Bangunan PAS, 1960 Jalan Dato' Pati, Kota Bharu. Memecah tradisi tidak mendiami kediaman resmi MB Kelantan di No. 10 Kampong Sireh. Gaji dan elaun hak beliau sebagai MB tidak menjadi keutamaan dan dimasokkan kedalam kantong kerajaan dan PAS (maaf kalau silap).
Dan terus gunting
Selamat berehat dan bersara Tok ayah Jit - Dato' Bentara Setia Dato' Nik abdul Aziz bin Nik Mat. Alhamdulillah, bersaranya Tok Guru dengan mewarisi kerajaan yang kukoh dan tegak megah tinggi mengawan dengan cemerlang dicahayai oleh bulan purnama.
Saya muatkan gambar rakaman muktamar di Taman Melewar, Mesjid An Nur Kubang Bemban, Pusat Tarbiah PAS Pasir Mas, Pohon Buluh dan du Dewan Zulkifli Mohd Bangunan PAS Kota Bharu.
Kini kerajaan PAS-PR Kelantan yang baru dituboh dan dibentok. Ustaz Ahmad Yaakob ( Dato') dan saf TMB dan Exco- exco terutamanya anaknda/ adindaku Nasaruddin Tok Guru Haji Daud Yusoff Meranti, jagalah kerajaan baik-baik jangan turut PRU14 nanti terjadi seperti kerajaan PAS- PR selepas PRU13 pada 5 Mei 2013 dan kerajaan PAS-BA Terengganu.
Sila lihat banyak lagi gambar-gambar bersejarah di dalam blog asal 'Tinta 'Awab' seperti di bawah..
Wan Rahim Wan Abdullah doakan ana kini uzur dah...
Wan Rahim Wan Abdullah doakan ana kini uzur dah akan kekamar kardiologi ikhtiar susulan akhir. Tidak sebagaimana ana kini sentiasa berlinang airmata apabila PAS - PR tewas di Kedah, apalagi musibah kesihatan yang menimpa TS Ustaz Azizan cukup mencabar, berdebar. Allah anugerahkan diusia tua masih anak kecil 5T 6 bulan inilah penawar jantung stiap kali kepalanya dipinta letakkan didada kiri ana, Subhanallah.
(Diangkat dari Blog
Sila lihat banyak lagi gambar-gambar bersejarah di dalam blog asal 'Tinta 'Awab' seperti di bawah..
Wan Rahim Wan
Wan Rahim Wan
(Diangkat dari Blog
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2013/06/tok-guru-berhenti-husam-musa-diketepi.html)
1 comment:
tgna jasamu dikenang rakyat kelantan walaupun saya orang johor
Post a Comment