SEBAHAGIAN warga Nigeria yang
ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam serbuan di Pangsapuri Seri
Jasmin, Mantin malam kelmarin.
NILAI – Serbuan Jabatan Imigresen di sebuah unit apartmen di
Pangsapuri Seri Jasmin di Mantin dekat sini malam kelmarin membongkar
rahsia seorang wanita warga tempatan yang bersekedudukan dengan teman
lelakinya seorang warga Nigeria.
Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, wanita berusia
26 tahun itu didapati sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki warga
Nigeria berusia 30 tahun. Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata,
siasatan awal mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang
hubungan yang sah dan lelaki itu juga didapati tinggal lebih masa di
negara ini.
Katanya, pihaknya menahan wanita yang berasal dari Selangor itu kerana disyaki melindungi teman lelakinya seorang warga asing.
“Semasa disoal siasat wanita itu mengaku lelaki warga Nigeria
terbabit teman lelakinya dan mereka sudah tinggal di rumah itu sejak
beberapa bulan lalu.
“Wanita itu juga mengaku dia tertarik dengan layanan lelaki terbabit
sehingga sanggup untuk tinggal serumah,” katanya di sini semalam. (Kosmo)
Teruk.perangai.perempuan.yg.tiada.moral.agama.
ReplyDelete