LELAKI yang memakai baju Melayu
dilihat melayan tiga ekor anjing sebelum membuka kuih dalam rakaman
video yang dimuat naik menerusi YouTube.
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video yang
dikatakan menghina Islam bertajuk 1 Hari Di Hari Raya yang disiarkan dalam laman YouTube.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari
berkata, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video
itu yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam.
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya.
"Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM mengambil tindakan untuk
menyiasat video itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz
membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan
suara latar takbir raya. Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang
lelaki memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian
seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap
anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri
bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan
menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)." (Kosmo)
No comments:
Post a Comment