Saturday, July 27, 2013

10 Maut, 300 Cedera, Serangan Berdarah Menjelang Sahur.

PENYOKONG Morsi mengerjakan solat semasa meneruskan bantahan aman di luar Masjid Rabaa Al-Adawiya di Kaherah pada 25 Julai lalu.

KAHERAH - MESIR. Bumi Mesir terus berdarah apabila 10 orang termasuk wanita menjadi korban bedilan peluru hidup polis dan tentera menjelang waktu sahur. Insiden itu juga menyebabkan 300 yang lain turut cedera. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital awam Raba'ah.

Laporan Ikhwanonline menyebut, pasukan penempak tepat polis Mesir mengambil posisi di atas bangunan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Madinah Nasr bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata sebelum itu.

Penyokong yang menjadi mangsa adalah mereka yang berada di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat. Polis juga menggunakan kereta perisai mereka membelah lautan peserta yang berhimpun.

Semalam, himpunan aman besar-besaran yang digelar "Jumaat Furqan" oleh penyokong Mohamed Mursi berlangsung usai solat Jumaat. Lautan manusia itu kemudiannya sekali lagi berdepan tindakan kejam polis dan tentera Mesir yang melancarkan serangan berdarah kepada mereka, awal pagi tadi.

Sementara itu, sebuah mahkamah Mesir telah mengarahkan Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi ditahan untuk disoal siasat berhubung kerjasama beliau dengan kumpulan Hamas di Palestin, lapor agensi berita rasmi MENA semalam.

Hasan Samir, hakim  di mahkamah tersebut mengeluarkan surat penahanan Presiden Mursi dengan masa 15 hari guna penyidikan. Dikeluarkannya surat ini setelah dilakukan interogasi, pengajuan bukti-bukti dan tuduhan-tuduhan yang dilakukan Presiden Mursi, presiden yang sah..

Di antara tuduhan yang didakwakan kepada Presiden Mursi adalah..
  1. melakukan tindakan intelijen dengan gerakan Hamas untuk merencanakan aksi-aksi memusuhi negara,
  2. menyerang bangunan-bangunan polis, menyerang perwira dan tentera,
  3. melanggar dan membakar penjara, membuka penjara sehingga para prnghuninya lepas, merosak catatan-catatan resmi dalam penjara,
  4. menyerang pos-pos polis, merusak fasiliti umum dan peribadi ketika kerusuhan,
  5. membunuh beberapa narapidana dan tentera, juga menculik beberapa perwira.
(IH)
 
Sila lihat..

E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

No comments:

Post a Comment