Antara jenazah penyokong Morsi yang terkorban diserang menjelang sahur di hadapan Universiti Al-Azhar pagi tadi.
KL: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan
tentera Mesir yang menggunakan kekerasan serta bedilan peluru hidup ke
arah penyokong Morsi yang mengakibatkan ratusan lagi terkorban dalam
insiden terbaru malam tadi.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS
Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, semua pihak tidak boleh membenarkan
pembantaian terhadap rakyat seperti itu, apatah lagi insiden malam tadi
bukan kali pertama dilakukan tentera sejak merampas kuasa.
"Rakyat Mesir behimpun secara aman, dan itu adalah hak mereka untuk menyatakan suara mereka.
"Tindakan
menembak rakyat ini merupakan satu kekejaman yang telah dilakukan
tentera dibawah telunjuk jeneral Al-Sisi, dan dunia tidak wajar berdiam
diri sahaja," katanya kepada Harakahdaily.
Dalam perkembangan
terbaru, angka kematian dilaporkan telah meningkat dan
sekurang-kurangnya 120 penyokong Morsi terbunuh diserang pihak polis dan
tentera Mesir dengan peluru hidup dalam dua insiden berasingan malam
tadi.
Insiden pertama berlaku di Masjid Qaid Ibrahim di Iskandariah dimana tujuh orang dilapor terbunuh dalam serangan itu. Difahamkan, polis mengepung peserta yang berada di dalam masjid sebelum melepaskan gas pemedih mata. Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak 14 tahun didakwa turut terkorban akibat ditusuk dengan senjata tajam di perutnya.
Insiden
kedua berlaku menjelang waktu sahur pagi tadi di hadapan Universiti
Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat. Penyokong
Morsi yang berkumpul di sini diserang oleh pasukan penembak tepat dari
atas bangunan Universiti Al-Azhar selepas polis melepaskan gas pemedih
mata.
Lebih 100 malah ada yang mengatakan 200 orang telah terkorban termasuk lebih ribuan lagi cedera. Dalam pada itu, Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat mendesak kerajaan Malaysia segera menyatakan pendirian dalam isu ini.
"Kita
mintak kerajaan Malaysia melalui kementerian luar untuk mengutuk
tindakan kejam yang dilakukan oleh pihak tentera dan kerajaan sementara
ini terhadap rakyat mereka sendiri," katanya. (Hrkh)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
Tentera Mesir ni berani dng rakyat sendiri je...dng Israel kecut telur dia orang...dasar keparat Panglima Angkatan Tentera Mesir al munafik!!!
ReplyDelete