Thursday, July 18, 2013

12,434 Pelacur Ditahan. Ade Ke Larangan Zina & Pelacuran??



12,434 wanita ditahan terbabit pelacuran
Kuala Lumpur: Sejumlah 12,434 wanita daripada pelbagai negara ditahan sepanjang tahun lalu kerana terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Daripada jumlah itu, 3,456 adalah wanita Vietnam yang dilihat cuba mendominasi kegiatan pelacuran di negara ini. Bilangan wanita Vietnam yang ditahan itu meningkat berbanding tangkapan tahun sebelumnya iaitu 2,196 orang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, kebanyakan pelacur Vietnam itu biasanya menjalankan kegiatan mereka di kelab malam, pusat karaoke dan rumah urut.

“Sikap mereka yang tidak ‘demand’ dari segi bayaran membuatkan mereka menjadi ‘idaman’. Sebagai contoh, jika mereka diarah menghidangkan air kepada pelanggan, pelanggan hanya memberi ‘tip’ untuk layanan hidangan air tanpa tip tambahan jika diminta duduk dan berhibur bersama.
“Begitu juga dengan layanan seksual, jika mereka dibayar RM100 untuk urutan ‘body to body’, bayaran itu dianggap sebagai ‘one-off’ walaupun pelanggan kemudian meminta untuk mengadakan hubungan seks,” katanya.

Beliau berkata, selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara tahun lalu ialah wanita China (5,165), Thailand (2,009), Indonesia (1,418), Filipina (845), India (139), Myanmar (114), Uzbekistan (70) dan Kemboja (70). Wanita negara lain yang turut terbabit adalah seperti Bangladesh, Laos, Uganda, Nigeria, Mongolia, Tajikistan, Sri Lanka dan Kenya. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Berita ini menggambarkan seolah-olah Malaysia mengharamkan pelacuran atau najis zina. Benarkah begitu? Sila lihat balik di atas akta apa mereka yang 12,434 wanita daripada pelbagai negara  itu ditahan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails