BESUT - Sebanyak 16,534 pengundi biasa keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini.
Pilihan raya itu diadakan bagi memilih calon baharu berikutan kematian penyandang kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN), Dr. A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.
Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, manakala Pas meletakkan Endot @ Azlan Yusof sebagai calon parti itu.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Fakhrul Razi Ab. Wahab meminta para pengundi agar keluar secara berperingkat bagi mengelak kesesakan ketika mengundi hari ini.
Ini (PAS) sepatutnya pilihanmu!
No comments:
Post a Comment