Wednesday, July 03, 2013

Aceh Dilanda Gempa, Gegaran Di Pulau Pinang


SEBAHAGIAN kakitangan awam yang turun menyelamatkan diri ekoran gegaran yang dirasai di Kompleks Tun Abdul Razak, George Town semalam. 


GEORGE TOWN - Beberapa lokasi di sekitar bandar ini mengalami gegaran kira-kira lapan saat berikutan gempa bumi yang melanda Sumatera Utara kira-kira pukul 3.37 petang semalam. Gegaran dirasai di sekitar Balik Pulau, Bayan Lepas sehingga ke pusat bandar George Town menyebabkan orang ramai terutama yang berada di bangunan tinggi bergegas turun menyelamatkan diri. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam memberitahu, gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter itu berpusat kira-kira 65 kilometer (km) di barat daya Lhokseumawe, Indonesia. Menurut kenyataan tersebut, gegaran dapat dirasai sehingga kira-kira 385km dari barat daya Balik Pulau tetapi tidak menyebabkan sebarang ancaman tsunami atau amaran berjaga-jaga. Demikian lapor Kosmo.

ORANG RAMAI keluar dari sebuah bangunan pejabat sejurus selepas gempa bumi kuat melanda Medan semalam.- AFP


Sementara itu di Lampahan Aceh, berita AFD, tiga orang terbunuh manakala berpuluh-puluh yang lain cedera apabila gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah Aceh di Indonesia semalam. Gempa bumi tersebut turut meruntuhkan sejumlah bangunan dan mencetuskan situasi panik di Aceh yang pernah dilanda ombak besar tsunami pada 2004. 

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa berlaku di kawasan pedalaman pada pukul 7.37 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer di bawah permukaan Bumi di daerah Bener Meriah, tengah Aceh. "Seorang kanak-kanak maut dihempap dinding yang runtuh," kata seorang doktor di klinik kesihatan di sini, Ema Suryani kepada agensi berita AFP. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails