Wednesday, July 17, 2013

Alvin-Vivian Hina Islam: Apa Kata MP PAS?


KL: Kemarahan umat Islam terhadap pasangan Alvin dan Vivian yang menghina agama Islam sebelum ini perlu ditangani dengan sebaik-baiknya tanpa ada pilih kasih. Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar), berkata masyarakat hari ini mudah menjadi marah apabila berlaku hinaan ke atas agama Islam oleh bukan Islam.

Sebaliknya, hanya berdiam diri apabila terdapat orang Islam sendiri yang menghina Islam dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum Islam itu.

"Ya, memang wajar umat Islam marah apabila ada bukan Islam menghina Islam. Tapi anehnya, apabila ada orang Islam yang jelas menghina agama, tiada pula yang marah," kata beliau ketika diminta mengulas tindakan pasangan tersebut.

Bercakap pada wartawan pada sidang media di lobi parlimen, hari ini Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat itu berkata terdapat pemimpin negara ini yang beragama Islam secara jelas mempunyai pegangan saham judi di Genting.

Malah, tambah Dr. Mariah terdapat korporat-korporat di negara ini yang beragama Islam yang menjalankan perniagaan dengan mengambil keuntungan dari hasil riba yang jelas haram di sisi Islam.

"Sedangkan sudah termaktub dalam al-Quran yang mengatakan riba itu bukan satu perniagaan. Dan tindakan mengenakan riba itu juga merupakan satu penghinaan terhadap agama Islam itu sendiri," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta sebarang isu berkaitan sensitiviti mana-mana agama perlu diberikan perhatian seadil-adilnya tanpa pilih kasih.

Sementara itu, Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan, berpendapat tindakan tegas bukan sahaja dikenakan ke atas individu bukan Islam yang menghina Islam, tetapi turut dikenakan ke atas orang Islam yang menghina agama lain. (IH?Hrkh)

2 comments:

Alhamdulillah said...

spin jer

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Apakah beliau juga ingin memutarkan-belitkan fakta sedangkan semua umat Islam di Malaysia melihat kebiadapan Alvin dan Vivian tidak boleh dimaafkan.

Ikutilah kupasan saya dalam http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/alvin-dan-vivian-hina-islam-mahkamah.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails