HALAMAN HIBURAN
PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua
wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain
mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam. Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara
itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan
apabila wajahnya dirakam.
Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap
rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit
perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit. Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain
mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang
terletak di sebalik ruang permainan snuker.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ),
Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan,
pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan
aktiviti permainan snuker itu, petang semalam. Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut
menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada
MPSJ.
Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R
Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan
manakala peralatan dirampas. Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan
lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.
“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.
“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ
2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada
MPSJ,” katanya.
Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil. (SH)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
2 comments:
bolehlah tak puasa tapi harus sembunyi makannya
tak kuat puasa boleh buka ,tapi hormati yang berpuasa
Post a Comment