LOKMAN Abdul Hamid, 52, bapa mertua Ashraf Muslim, mendakwa dia dan keluarga kesal dengan keputusan Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat keputusan berkenaan permohonannya untuk berpoligami.
Beliau yang ditemuramah oleh Harian Metro memberitahu, semua terkejut apabila Ashraf memberitahu tentang pernikahannya di mahkamah semalam.
Dia tarik balik permohonannya kerana dia telah bernikah di Thailand pada Ahad lepas, 7 Julai. Kami sekeluarga tersangat menyesal kerana kami mengharapkan perbicaraan ini dijalankan kerana jika mahkamah membenarkan dia berkahwin, kami redha. Kami akan hormat keputusan mahkamah. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand. Ini sesuatu yang kami kesali. Dia pergi ke Thailand pun tidak memberitahu isteri dia. Dia berbohong dengan mengatakan dia pergi ke Bangkok untuk business meeting. Dia pulang ke sini pun tidak memberitahu dia telah berkahwin kepada isterinya.Tambah Lokman, Noor Dayana, 26, hanya mengetahui Asyraf, 32, telah bernikah dengan Wan Sakinah, 29, pada hari Selasa setelah berjumpa itinerari penerbangan Ashraf dalam beg kembaranya. Apabila ditanya oleh Dayana, barulah Ashraf mengaku dia telah menikah kali kedua (di Thailand). Bagi Lokman, ia bukan perkara yang elok.
Lokman turut memberitahu yang Ashraf telah memfailkan permohonan berpoligami pada April lepas, bagaimanapun perbicaraan ditangguh kerana Dayana tidak diwakili peguam. Lokman juga mengesahkan yang Dayana tidak rela dimadukan, kerana itu dia menuntut perbicaraan di mahkamah.
Lihat berita ini..
Ashraf Muslim sebenarnya telah pun bernikah buat kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu. Perkara ini diketahui apabila Ashraf hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami. Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman. (.Harian Metro)
KL:Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini (17/7)membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami kerana dia telah bernikah kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu. Sehubungan itu Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman. (KOSMO)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perkahwinan yang sah dari sudut agama Islam, tetapi menyusahkan dari sudut negara. Mengapa jadi begitu? Tidak adakah cara untuk memudahkan perkahwinan seperti yang dianjurkan oleh Islam?
No comments:
Post a Comment