Punca pergaduhan adalah berkaitan satu kejadian (1) lelaki melayu
Nama: Mohd syukri b.sairun
Umur:24 tahun, kerja di MPK (Majlis Perbandaran Klang) telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama setelah terbabit dengan kemalangan. Mangsa bsama adiknya menaiki m/sikal utk ke masjid, telah dilanggar oleh suspek yg menaiki m/kar tersebut dr belakang. Telah berlaku pertengkaran mulut dan Suspek tlh keluar kenderaan dan tetak mangsa di kedua belah tangan dan kepala. Mangsa dirawat di zon merah HTAR klang dan tdk sedarkan diri. Suspek (1)(L)(I) umur 20an, bdn kurus sederhana tinggi, menaiki sebuah m/kar proton saga iswara warna biru, no.pend. BEG 8868 bersama (3) lagi lelaki india.
Susulan kejadian...
Salam YDH Dato' / Tuan / Puan;
Untuk makluman awal kes rusuhan diantara kumpulan lelaki Melayu dan kumpulan lelaki India di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang.
Terdapat (3) laporan polis yang berkaitan kejadian iaitu:
1. Bukit Raja Rpt 4238/13 (maklumat pertama)
2. Bukit Raja Rpt 4239/13
3. Bukit Raja Rpt 4240/13
4. Bukit Raja Rpt 4238/13
Mangsa yang cedera adalah seperti berikut:-
1. Zon merah(kritikal)-Kamala Gasan,26 tahun
(0163536027)
cedera_kepala ditetak s'jata tdk pasti.
2. Zon hijau(pesakit luar)-Nithiaraj a/l Sennasamy 900414085677,no 37 lorong sungai keramat 1 klang utama
Manakala (3) lagi mangsa masih belum diperolehi butir-butir.
Fakta kes:
Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, anggota gerakan terima maklumat dari (1) (P) india maklum ada pergaduhan antara kumpulan lelaki melayu dan kumpulan lelaki India di flat rebana, bukit raja, klang.
Siasatan awal terdapat tiga kejadian iaitu:
1. Pengadu: Thangarajah a/l Mylyaganam, 34 thn, membuat laporan Bukit Raja Rpt 4139/13. Pada 11/07/13 jam l/k 2300hrs, semasa pengadu dirumahnya nampak anak saudaranya (mangsa) iaitu:
1. Shuhendran
2. Parthiban
3. Gunaselan
Telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu seramai l/k 100 org bersenjatakan batang besi, kayu, parang dan pisau. Saspek lelaki melayu tersebut turut membakar (2) buah m/sikal milik mangsa.
2. Pengadu: Muthamimaran a/l manimaran, umur 16 thn membuat laporan bersabit Bukit Raja Rpt 4240/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2340hrs, semasa pengadu dan kawannya nama Ganesran a/l sekaran berada di depan Pasaraya Econsave Klang telah diserang oleh sekumpulan lelaki melayu l/kurang 30 org bersenjatakan kayu dan besi. Pengadu dan kawannya telah dipukul oleh saspek dan mendapat kecederaan di kepala.
3. Pengadu: Murugan a/l verappan , umur 55 thn telah membuat laporan bersabit Bukit Raja 4241/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, semasa pengadu dirumah telah terima maklumat mengenai anaknya bernama Prakash telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu berjumlah seramai 10 org dan m/sikal miliknya telah dibakar.
Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah berkait satu kejadian (1) lelaki melayu telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama. Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 324 KK, I.O insp kartini, IP 1500/13, Bukit Raja Rpt 4209/13.
Kejadian susulan iaitu pada 11.07.13 jam lebih kurang 1930hrs, (1) lelaki melayu kerja berniaga pasar malam telah diugut oleh (1) lelaki India dan saspek lelaki india telah menyepak dan menaburlan makanan peniaga melayu tersebut.
(Tiada laporan polis dibuat)
Tindakan :
Sepasukan anggota polis dari cawangan MPV, Balai Bukit Raja, Balai Bandar Baru Klang dan cawangan jenayah IPD Klang Utara dan dibantu oleh pasukan D7 IPK Selangor. Telah sampai ditempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
Pemantauan masih dijalankan.
Pihak gerakan telah dimaklumkan supaya mengarahkan MPV dan RCJ supaya membuat rondaan di kawasan yg terlibat.
Terima kasih YDH Dato' / Tuan / Puan.
PT D7 SL
Sumber
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=485885598163530&set=a.279703822115043.69137.279700725448686&type=1
Polis: Jangan sebar khabar angin kes pergaduhan
Bernama
Polis Selangor hari ini memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menyebar khabar angin dan maklumat palsu menerusi media sosial berhubung insiden pergaduhan di daerah Klang Utara, dalam minggu ini.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata pergaduhan yang berlaku pada 10 Julai dan awal pagi ini bukan disebabkan rusuhan kaum sebaliknya berpunca daripada salah faham dan rasa tidak puas hati individu terlibat.
"Insiden berkenaan bukan rusuhan dan tidak berkaitan antara satu sama lain. Jadi saya beri amaran kepada sesiapa yang sebarkan maklumat palsu sehingga membimbangkan masyarakat kita akan ambil tindakan tegas dengan menahan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.
Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua MIC Bahagian Kapar, T Ganesan; Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger; dan anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Kapar, Abdul Rahim Shaharudin.
Mereka menafikan maklumat palsu tersebut.
Menurut Thaiveegan, pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu melalui SMS dan Facebook akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau sebarang kemusykilan perlu berhubung terus dengan pihak polis bagi mengelakkan wujudnya rasa bimbang atau takut. Abdul Rahim meminta orang ramai supaya tidak bimbang berikutan pihak polis sentiasa menjalankan tindakan pencegahan di kawasan terlibat.
Dalam kejadian pada 10 Julai lepas, polis menahan tiga lelaki selepas terlibat dalam kejadian serangan ke atas sekumpulan lelaki di kawasan Flat Rebana, Bandar Baru Bukit Raja di sini menyebabkan dua lelaki berumur lingkungan 20-an cedera parah di kepala serta beberapa anggota badan.
Kejadian itu berpunca daripada salah faham susulan satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta pada Rabu lepas. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini pula, tiga lelaki yang sedang minum cedera selepas diserang sekumpulan 10 lelaki bermotosikal yang bersenjatakan kayu besbol dan parang di kawasan perumahan Taman Ismail, Sungai Pinang di Klang.
Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang suspek terhadap seorang daripada mangsa yang bertindak membakar motosikal miliknya pada Februari lepas. Ekoran insiden itu, dua lelaki berumur 24 dan 32 tahun ditahan pihak polis di Batu 1, Jalan Kapar, Sungai Pinang kira-kira dua jam selepas kejadian.
Ketiga-tiga mangsa berumur 20-an dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 148 Kanun Keseksaan.
- Bernama.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Awas! Gaduh pemuda Melayu/India seperti di atas, jangan sampai terbakar menjadi api perkauman, macam 13 Mei 1969.
1 comment:
ni la masalahnya bila pulis x jaga keamanan...jaga ahli politik je...bila melayu mengadu dgn pulis kene tetak dgn hindu...pulis buat bodoh...sudahnya bile melayu mengamuk baru nak nolong...ke mmg nak melayu gaduh utk melayu sokong balik umno??? tektik gak ni...
Post a Comment