Monday, July 15, 2013

Bahana Pusat Hiburan, Unit Tempur Serbu 'Bollywood' KL.

KL - Sepasukan polis dari Unit Tempur D9, lengkap bersenjata dan jaket kalis peluru menyerbu dua premis hiburan berisiko awal pagi tadi. Serbuan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur ekoran pelbagai kejadian jenayah membabitkan senjata senjata api hingga menyebabkan kematian di beberapa pusat hiburan kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa berkata, cara itu dilakukan bagi membolehkan pasukan polis bertindak terhadap individu atau kumpulan berbahaya yang dikehendaki polis. Katanya, polis tidak kompromi dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam.

"Pasukan Unit Tempur ini akan menyerbu mana-mana lokasi yang disyaki menjadi tempat persembunyian ataupun kediaman penjenayah bersenjata dan berbahaya.
“Dalam melakukan tugas, polis turut menitikberatkan soal keselamatan setiap pegawai dan anggota Unit Tempur ini termasuk menyediakan pakaian keselamatan khas yang akan digunakan secara berperingkat oleh setiap pasukan D9 di kontinjen seluruh negara,” katanya.

Jelasnya, serbuan dilakukan pasukan terbabit dibuat selepas menerima maklumat tentang kejadian pemilikan senjata api dan pergaduhan yang sering berlaku antara pelanggan pusat hiburan berkonsepkan ‘Bollywood’ yang terletak di Jalan Dang Wangi.

“Pemeriksaan dijalankan untuk mencegah kejadian jenayah terutamanya jenayah berat.
"Hasil pemeriksaan, pihak polis telah menahan 20 pekerja warga asing termasuk sembilan wanita yang didapati menyalahgunakan permit kerja dan berkhidmat sebagai pelayan serta penari di premis itu.
“Malah, pemilik premis hiburan itu turut melakukan kesalahan menjalankan operasi menjual minuman keras tanpa memiliki sebarang lesen yang sah," katanya.

Tambahnya, sasaran utama polis membabitkan premis hiburan disko dan karaoke sekitar ibu negara kerana laporan yang diterima penjenayah terbabit sering keluar berhibur sama ada berseorangan atau berkumpulan.
Pemeriksaan mengejut seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di seluruh ibu negara sebagai usaha mengesan penjenayah berbahaya termasuk pembunuh upahan. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi kedurjanaan pusat hiburan.
  • Hasil pemeriksaan, pihak polis telah menahan 20 pekerja warga asing termasuk sembilan wanita yang didapati menyalahgunakan permit kerja dan berkhidmat sebagai pelayan serta penari di premis itu.
  • Malah, pemilik premis hiburan itu turut melakukan kesalahan menjalankan operasi menjual minuman keras tanpa memiliki sebarang lesen yang sah,
  • Sasaran utama polis membabitkan premis hiburan disko dan karaoke sekitar ibu negara kerana laporan yang diterima penjenayah terbabit sering keluar berhibur sama ada berseorangan atau berkumpulan.
Perlu difikir balik apakah pusat hiburan yang ada sekarang benar-benar memberi hiburan kepada rakyat atau menimbulkan kedurjanaan?

2 comments:

Anonymous said...

pemilik mesti di hukum jangan dilepaskan

Anonymous said...

siapa keluarkan lesen beb??????mama menteri agama!!!!!cakap berdegar2 tapi hampeh!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails