S
KAHERAH - Anggota keluarga Presiden Mesir Muhammed Mursi memberi amaran kepada Jeneral Abdel Fatah Al Sisi untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya nyawa pemimpin digulingkan itu tergugat.
Anak perempuan Mursi, Syaima’ Mursi berkata demikian ketika sidang media pertama sejak Presiden itu digulingkan 3 Julai lalu di bangunan Kesatuan Kejuruteraan Mesir, Kaherah.
“Kami menuntut Mursi dibebaskan segera dan tentera adalah pihak bertanggungjawab sepenuhnya dalam kes penculikan ini,” katanya.
Beliau hadir bersama Usamah Mursi dan peguam turut menyelar tindakan itu sebagai mencabuli Perlembagaan.
“Kami akan mengambil tindakan undang-undang sama ada dalam negara atau ke mahkamah luar bagi menyabitkan kesalahan Abdel Fatah dalam pertuduhan menculik. Kami akan membawa perkara ini ke mahkamah antarabangsa bagi menyiasat tindakan penculikan itu,” katanya kepada Al Jazeera.
Sementara itu, beliau menambah, ibunya Naglaa Ali Mahmoud kini dalam keadaan baik.
“Kami sekeluarga berasa bimbang kerana ayah masih belum dapat dihubungi sejak pengumuman rampasan kuasa tentera pada 3 Julai lalu,” katanya.(SH)
Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
No comments:
Post a Comment