JAWI: Bekas peserta ratu cantik hina Islam.
JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyifatkan, kenyataan bekas peserta Miss Malaysia World 2013 yang kecewa dengan fatwa mengharamkan orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik, sebagai menghina Islam.
JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyifatkan, kenyataan bekas peserta Miss Malaysia World 2013 yang kecewa dengan fatwa mengharamkan orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik, sebagai menghina Islam.
Dalam kenyataannya petang ini, JAWI merujuk kepada laporan Berita Harian hari ini, yang antaranya memetik reaksi dua daripada empat peserta Muslim pertandingan itu, iaitu Sara Amelia Muhammad Bernard (bawah) dan Wafa Johanne De Korte.
"Berdasarkan laporan akhbar tersebut, peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.
"Oleh itu kenyataan tersebut dianggap telah menghina Islam," menurut kenyataan jabatan agama Islam itu lagi.
Berita Harian hari ini melaporkan, empat peserta Islam pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang digugurkan dan dihilangkan kelayakan dalam pertandingan itu tetap berkeras untuk bertanding di peringkat akhir pada 2 Ogos ini.
Menurut harian itu lagi, Sara Amelia, 20, berkata, dia kecewa dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.
Katanya, beliau sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi dimaklumkan penganjur bahawa ia dibenarkan kerana mereka tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan.
Kertas siasatan dibuka
Sementara Wafa Johanna, 19, pula dipetik sebagai berkata, beliau terharu melihat penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri mereka untuk mewakili orang Melayu dalam pertandingan itu.
Dia juga berkata berbesar hati untuk meneruskannya jika masih diberi peluang. Penganjur pertandingan Datuk Anna Lim dilapor berkata, walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.
Berita Harian dalam laporan itu bagaimanapun tidak memetik pandangan dua lagi bekas peserta pertandingan itu -- Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19.
Fatwa yang diwartakan pada 8 Februari 1996 bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam WIlayah Persekutuan 1993 memutuskan, menyertai, menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa untuk pertandingan ratu cantik haram dan berdosa bagi orang Islam.
Sehubungan itu, JAWI hari ini berkata, bahagian penguatkuasaannya kini telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).
Menurut jabatan itu, sebagai agensi penguatkuasa agama, JAWI akan akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti serta keterangan yang mencukupi.
"Pendakwaan akan dibuat terhadap mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah," katanya.
Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum denda tidak melebihi 3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bekas peserta Ratu Cantik di isytiharkan hina Islam oleh JAWI?. Syabas JAWI yang berani dedahkan! Perlukah orang ramai membantu mendedahkan dengan membuat report polis seperti yang dilakukan ke atasAlvin-Vivian? Ya, tunggu apa lagi? (IH/MK)
No comments:
Post a Comment