Antara ulama Al-Azhar yang turun berhimpun bersama rakyat mempertahan Morsi dan membantah rampasan kuasa oleh tentera
Oleh Nasaie Ismail
Khabar Mesir, Ulama Azhar Sertai Himpunan.
RAMAI sahabat bertanya khabar Mesir, saya tidak sempat mengulas atau
melapor kerana bermacam halangan. Apapun 'game' belum berakhir. Apa
sahaja perubahan boleh berlaku. Tugas kita berdoa pada Allah untuk
saudara kita di sini. Kerana hari ini (Sabtu) genap 8 hari mereka
berkampung di Medan Rabi'ah Al Adawiah dan hari ke 5 di Medan Nahdah
berhadapan Universiti Qaherah (kumpulan Salafi pimpinan Sheikh Hazim Abu
Ismail).
Suatu Kepelikan
Jumlah mereka meningkat berganda selepas tentera
mengumumkan rampasan kuasa. Bahkan hari ini himpunan di lebih 20 kawasan
seluruh Mesir berjumlah jutaan manusia dengan kematian mencatat 30
orang. 12 orang sahaja di Iskandariah yang ditembak dengan peluru hidup
oleh samseng terpelihara.
Keadaan ini amat mengejutkan perampas
kuasa. Setelah dua hari ditamatkan siaran langsung semua channel di
Dataran Rubu'ah, hari ini Al Jazeera dibenar membuat liputan penuh
himpunan penyokong Mursi di seluruh negara khususnya di 4 tempat di
Kaherah iaitu Dataran Rabu'ah, Universiti Qaherah, Jambatan 6 Oktober
dan Bangunan Pengawal Republik (bertugas mengawal Presiden selama ini). Bahkan
saya temui lebih 10 Channel lain yang menyiarkan himpunan penyokong
Mursi secara langsung pada hari ini. Ia satu kepelikan setelah semua
media disekat membuat liputan himpunan Pro Mursi.
Kepelikan kedua ialah
kemunculan pemimpin kanan Ikhwan di pentas Medan Rubu'ah seperti Dr
Muhammad Badi' (Mursyidul Am Ikhwan), Dr Isyam Rayyan (Naib Presiden
FJP) dan Al Baltaji (bekas ahli Parlimen Ikhwan) dalam keadaan akhbar
hari ini (Jumaat) menyiarkan sekatan, tahanan dan cubaan melarikan diri
ke atas pemimpin tersebut. Dr Badi' diberitakan hendak melarikan diri ke
Libya dengan bantuan Ikhwan Libya.
Tiba-tiba muncul berucap di Rubu'ah.
Bohonglah akhbar-akhbar tersebut. Saya tidak mahu mengulas
keberangkalian yang menyeronokkan. Tetapi seorang sahabat dari Tanta
memaklumkan tadi akhbar Washington Post menyiarkan berita bertajuk,
'Rampasan Kuasa Yang Gagal' dengan sub-title 'Tentera berunding kembali
dengan Mursi'.
Wallahua'lam apakah benar atau tidak berita ini.
Cuma boleh saya katakan, keputusan tentera itu bukanlah suatu yang mudah
untuk segera selesai krisis ini kerana jutaan penyokong Mursi tidak
berganjak malah bertambah ramai menguasai dataran-dataran seluruh Mesir. Para ulama Al Azhar juga bertambah ramai keluar menyokong Dr
Mursi dalam keadaan Sheikhul Azhar bersama keputusan tentera.
Apapun
tugas penting kita ialah terus bermunajat kepada Allah Tuhan Yang Maha
Berkuasa.
*Penulis adalah bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS yang kini sedang berada di Mesir
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
2 comments:
Semoga.mursi.bersabar.dgn.dugaan yg.melanda.dia.
jgn biarkan umno mesir merampas mesir dari pas mesir
Post a Comment