Monday, July 29, 2013

Cabul & Seks Oral Dalam Kereta Peronda, Hinanya Polis Ini..

ISHAK diiring keluar dari Mahkamah Sesyen semalam.


KOTA BHARU – Perbuatan keji seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor yang mencabul kehormatan seorang gadis berusia 15 tahun dan memaksanya melakukan seks oral di dalam kereta peronda berbalas apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Ishak Mahmud, 49, dari Kampung Kelubi, Pasir Puteh bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut yang dilakukannya kira-kira empat tahun lalu.

“Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan,” kata Azman.

Komen Webllog Ibnu Hasyim:  Perlukah diperkuatkan lagi tarbiah agama dalam pasukan polis?

2 comments:

  1. sedangkan yang duk kena tarbiyah lagi buat hal inikan pula yang kurang apa lagi macam macam boleh jadi.tarbiyah tazkkirah memang perlu untuk manusia kalau tidak selalu lupa- lupa diri

    ReplyDelete
  2. Tahu pulak si bangsat ni malu tutup muka! Cuba kalau anak perempuan dia diperlakukan seperti dia melakukan benda terkutuk tersebut pada anak orang!

    ReplyDelete