ISHAK diiring keluar dari Mahkamah Sesyen semalam.
KOTA BHARU – Perbuatan keji seorang pegawai polis berpangkat Cif
Inspektor yang mencabul kehormatan seorang gadis berusia 15 tahun dan
memaksanya melakukan seks oral di dalam kereta peronda berbalas apabila
dia dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini
semalam.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati
Ishak Mahmud, 49, dari Kampung Kelubi, Pasir Puteh bersalah di atas
kedua-dua pertuduhan tersebut yang dilakukannya kira-kira empat tahun
lalu.
“Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah
terhadap kes pendakwaan, dengan itu tertuduh didapati bersalah untuk
kedua-dua pertuduhan,” kata Azman.
Komen Webllog Ibnu Hasyim: Perlukah diperkuatkan lagi tarbiah agama dalam pasukan polis?
2 comments:
sedangkan yang duk kena tarbiyah lagi buat hal inikan pula yang kurang apa lagi macam macam boleh jadi.tarbiyah tazkkirah memang perlu untuk manusia kalau tidak selalu lupa- lupa diri
Tahu pulak si bangsat ni malu tutup muka! Cuba kalau anak perempuan dia diperlakukan seperti dia melakukan benda terkutuk tersebut pada anak orang!
Post a Comment