KUALA BESUT : Calon PASKuala Besut PRU13, Napisah Ismail, sentiasa turun berkempen bagi memenangkan Che Long sekaligus menolak dakwaan bahawa beliau merajuk atau membalas dendam.
"Kak Napisah sentiasa turun berkempen untuk memenangkan calon PAS, Che Long bersama jentera-jentera daripada Johor, Kelantan, dan jentera tempatan. Setiap hari beliau turun berkempen malah bersama-sama isteri calon turut berkempen," kata Normala atau lebih dikenali Cikgu Mala kepada Te@M I.T pagi tadi.
Di UPU Bukit Puteri, pelbagai aktiviti kempen dilakukan antaranya menziarah rumah ke rumah golongan muda bersama Aisyah (penyanyi) . Ada yang merasa sangat teruja dan terkejut kerana tiba-tiba mereka dikunjungi penyanyi tersohor tanah air yang terkenal dengan lagu Janji Manismu. Untuk aktiviti golongan muda antaranya, aktiviti Jom Bertindik yang mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Antara aktiviti lain adalah mengiringi calon menyantuni pengundi yang tidak keluar mengundi semasa PRU13 dengan menziarah ke rumah mereka. Respon yang baik daripada mereka dengan tidak menolak kunjungan calon. Ada yang berjanji akan mengundi PAS pada pilihan raya kecil kali ini.
Di sebelah malam pula aktiviti bersolat terawih di masjid-masjid bersama jentera dan penduduk. Selain itu calon menziarah penduduk tidak kira PAS atau Umno.
Majlis bacaan yasin dan tazkirah turut diadakan. Mudah-mudahan Allah melembutkan hati mereka untuk mengundi PAS pada kali ini. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut
No comments:
Post a Comment