MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951
di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan
beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.
Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya
adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.
Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang
Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga
memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di
universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika
Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti
Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.
Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama,
kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge.
Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti
Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.
Dakwah dan Politik
Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman
dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul
Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).
Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti
Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak
berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau
beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih
ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan
pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.
Penjara dan Penangkapan
Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya
menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali
ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005,
Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman
bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota
Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.
Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul
Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan
demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap
ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.
Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai
anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya
sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti
yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beliau adalah antara 'Mujahid Akhir Zaman'
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
No comments:
Post a Comment