Wednesday, July 17, 2013

Ella Bercerita Tentang Lawatannya Ke Palestin...


HALAMAN HIBURAN

"TIDAK terkata apabila melihat Kaabah di depan mata, rasa sejuk dan tenang sekali. Saya banyak berdoa di sana untuk rakan-rakan dan keluarga, tidak ketinggalan doa untuk mendapatkan cahaya mata." Jelas Ratu Rock, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, yang ditemui bersama suaminya pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Hotel Royal Bintang, Damansara, Selangor baru-baru ini.

Menurut seperti yang disunting dari Kosmo Online hari ini, Ella yang baru lepas menunaikan umrah, terus  melawat beberapa kota Arab termasuk Jordan dan Palestin. Dia melihat sendiri keadaan di Palestin buat kali pertama, memberi keinsafan dalam dirinya dan dia bersyukur kehidupannya lebih baik berbanding dengan masyarakat di sana.

"Sebenarnya saya mendapat banyak ilmu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit ketika berada di Palestin.
"Walaupun saya tidak masuk ke Genting Gaza kerana berbahaya memandangkan saya turut membawa ibu, tetapi saya dapat merasai kesengsaraan mereka.
"Saya banyak menderma di sana kerana lebih baik derma itu diberi terus kepada mereka. Jika kita beri kepada mereka menerusi bank, kebanyakan bank di sana dikuasai oleh Israel, jadi kita tidak tahu derma kita itu benar-benar sampai ke tangan mereka ataupun tidak," katanya yang melawat Palestin sekitar Mei lalu.
 Selain itu, Ella turut bercerita bagaimana kuatnya semangat rakyat Palestin yang ditemuinya.

"Saya kagum dengan seorang gadis Palestin bernama Israh. Orangnya sangat cantik, umurnya 14 tahun dan merupakan pemandu pelancong kami sepanjang berada di Palestin.
"Walaupun dia masih muda tetapi semangatnya cukup kuat. Katanya, jika ditakdirkan dia mati, dia mahu mati di bumi Palestin. Mungkin remaja seusianya di Malaysia tidak akan berfikir sebegitu.
"Jadi, saya rasa sangat baik kalau pelajar Malaysia dapat melawat Palestin supaya mereka sedar betapa bertuahnya mereka," balas Ella serius.

Meskipun bimbang dengan keselamatan, Ella menegaskan jika dia diberi peluang lagi, dia benar-benar teringin melawat Palestin buat kali kedua.

"Banyak yang saya dapat belajar daripada orang di sana, kalau ada peluang lagi, saya ingin masuk ke Genting Gaza.
"Takut memanglah takut kerana askar Israel berada di mana-mana sahaja tetapi jika pergi dengan niat yang ikhlas, tidak ada apa yang perlu ditakutkan," katanya. (IH/Kosmo)

Lihat sebelum ini..

2 comments:

  1. memang semangat remaja kita tak sekuat mereka....kemewahan dan hiburan menjadikan remaja kita rapoh dan lembek, ditambah dengan sistem pendidikan ala barat menjadikan remaja tidak berdisiplin...

    ReplyDelete
  2. memang semangat remaja kita tak sekuat mereka....kemewahan dan hiburan menjadikan remaja kita rapoh dan lembek, ditambah dengan sistem pendidikan ala barat menjadikan remaja tidak berdisiplin...

    ReplyDelete