Wednesday, July 17, 2013

Gelek Waktu Tarawih: Juga Hina Islam, Mengapa Tak Report Polis?


Foto 
GELAGAT dua artis wanita berpakaian seksi pada mini konsert terbabit.

Shah Alam: Kemuliaan Ramadan dicemari dengan tindakan pihak tertentu yang menganjurkan konsert mini ‘menghidangkan’ artis wanita genit berpakaian seksi di kawasan berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 31, di sini, malam kelmarin.

Amat mengecewakan apabila penganjur langsung tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam kerana konsert mini itu diadakan ketika penduduk Islam pangsapuri berkenaan menunaikan solat Tarawih di surau yang terletak hanya 150 meter dari situ. Bunyi muzik kuat diselangi nyanyian dan gelekan artis wanita berpakaian seksi secara terbuka mengundang rasa tidak senang penduduk Islam di pangsapuri itu.

Walaupun konsert mini itu dihadiri 100 penonton bukan Islam, tetapi ada warga Bangladesh yang mengambil kesempatan melihat aksi seksi penyanyi wanita terbabit, selain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang jaraknya kira-kira 20 meter dari pentas.

Penduduk, Narimah Johari, 45, berkata, penganjur mini konsert itu tidak mengambil kira sensitiviti penduduk Islam di situ kerana menganjurkannya pada malam Ramadan. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hal ini juga menghina agama Islam, mengapa pula tiada yang bantah buat laporan polis?

4 comments:

wak said...

Assalamualaikum tuan, mungkin ada baiknya tuan sendiri pergi membuat laporan....

zaman said...

Assalamualaikum wak, mungkin ada baiknya wak sendiri pergi membuat laporan...

Anonymous said...

Penganut PAS juga terpegun melihatkannya....syabas PAS !

Anonymous said...

Admin yg patut pi repot polis....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails