KL: PAS telah melantik Naib Presidennya Datuk Husam Musa (gambar) sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut. Dengan
perlantikan ini bermakna Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS
Kelantan akan berdepan dengan Tan Sri Muhyidin Yassin yang dilantik
sebagai pengarah untuk jentera BN.
Bagi membantu Husam, dua
timbalan dilantik iaitu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta
Ramli dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terenggganu, Ustaz Satiful Bahri
Mamat. Tiga penasihat kepada jawatankuasa ini adalah Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad
Sabu dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Perlantikan
Husam dipercayai berikutan kedudukannya sebagai pemimpin kanan PAS dari
Kelantan yang bersempadan dengan DUN Kuala Besut. Ini kerana, pengaruh dan peranan PAS Kelantan dipercayai sangat penting dalam menentukan corak kempen pilihan raya ini.
Malam
ini, Presiden PAS, Abdul Hadi akan mengumumkan calon yang akan
bertanding bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat di Kampung Nail, Kuala
Besut. Harakahdaily difahamkan, PAS Besut dan Terengganu mencadangkan tiga nama untuk dipilih oleh PAS Pusat sebagai calon.
Tiga
nama tersebut adalah bekas wakil rakyat di situ, Datuk Nik Zawawi
Salleh, Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan
Bendahari PAS kawasan Besut Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama
Che Long. Nama yang paling popular sehingga kini adalah penduduk
jati Kuala Besut iaitu Che Long, seorang ahli perniagaan yang terkenal
di sini.
Umno pula dikatakan menyenarai dua nama popular untuk
PRK itu. Bekas Kadhi Besut, Nik Suhaiza Nik Ismail dan AJK Umno Bahagian
Besut, Zahanapi Sagaf. Anak bekas Adun Kuala Besut dan Exco Terengganu yang berpengaruh juga disebut-sebut menjadi calon PRK berkenaan.
Daripada
13 pilihan raya umum (PRU) dan satu PRK di Kuala Besut, PAS menang
empat kali iaitu PRU 1959, PRU 1969, PRU 1974 dan PRU 1999. Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk
PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula
ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
PRK itu diadakan ekoran
kematian Adunnya yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A. Rahman
Mokhtar selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun. Pada
PRU13 lalu, Allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS,
Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. Majoriti calon BN adalah 2,434 undi.
Pada pilihan raya umum lalu, BN mendapat 17 kerusi manakala PAS
dan PKR yang menjadi sekutu dalam Pakatan Rakyat memperoleh 15 kerusi
DUN di Terengganu. Jika calon PAS menang dalam PRK ini, ia bakal
menghasilkan satu suasana menarik dalam politik dan pentadbiran negeri
Terengganu kerana ia akan menghasilkan kerusi yang sama banyak iaitu
16:16. (Hrkh)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut
No comments:
Post a Comment